Assalamualaikum…
Sedar xsedar dah masuk bulan Zulhijjah kan?? Bulan terakhir dalam bulan Islam. Astaghfirullah hal azim..ana terlalai dalam putaran waktu. Kadang-kadang kita bukan xsedar cuma xambil kisah sangat (bak kata budak2 sekarang xamek pot). Harap ana belum terlambat untuk sesi perkongsian dengan semua. Kalau terlambat,maafkan ana. Semoga maklumat ni akan bermanfaat untuk kehidupan kita pada masa akan datang.
Sahabat Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bercerita tentang sejumlah peristiwa yang terjadi pada bulan Zulhijjah. Antara lain:
ALLAH mengampuni kesalahan Nabi Adam a.s pada tanggal 1 Zulhijjah. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari itu, ia akan diampuni dosanya.
Pada tanggal 2 Zulhijjah, ALLAH mengabulkan doa Nabi Yunus a.s dan mengeluarkan baginda dari perut ikan Nun. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, seakan-akan ia melakukan amal ibadat selama setahun tanpa dicampuri maksiat sedikit pun.
Pada 3 Zulhijjah, ALLAH mengabulkan doa Nabi Zakaria a.s. Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, doanya akan mustajab.
Tanggal 4 Zulhijjah adalah hari Nabi Isa a.s. dilahirkan. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, ALLAH akan menghilangkan kesusahan dan kefakirannya. Di kampung akhirat kelak dia akan dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh dan mulia.
5 Zulhijjah, Nabi Musa a.s dilahirkan ke dunia. Maka sesiapa yang berpuasa pada tanggal 5 Zulhijjah,dia akan dibersihkan dari kemunafikan dan dijauhkan dari seksa kubur.
Manakala 7 Zulhijjah pula pintu neraka Jahannam akan dikunci dan dibuka semula pada 10 Zulhijjah. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah akan menutup 30 pintu kesulitan dan membukan 30 pintu kemudahan baginya.
8 Zulhijjah dinamakan sebagai Hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini,dia akan mendapat pahala yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.
ALLAH menurunkan penutup keseluruhan Al-Quran pada 9 Zulhijjah: “Pada hari ini telah KU sempurnakan agamaKU kepadamu, telah KUcukupkan nikmatKU kepadamu dan telah KU redai agama Islam menjadi agamamu! (Surah Al-Maidah:3)
Saat itu dinamakan Hari Arafah. Maka sesipa yang berpuasa pada hari itu,dia akan diampuni dosanya setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang.
Pada 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha. Maka sesiapa yang mendekatkan diri kepada ALLAH dengan cara bekorban, ALLAH akan mengampuni dosanya dan dosa para keluarganya apabila pertama kali darah korban menitis ke bumi.
Dan sesipa yang besedekah pada hari tersebut dengan memberikan makanan atau pemberian yang lain kepada orang mukmin, maka ALLAH akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan selamat dan timbangan amal baiknya akan melebihi beratnya gunung Uhud.
Apa yang kita tau nk raya je kan?? Benda2 ni semua kadangkala kita dah tau pun, tp mcm ana ckp tdla malas nk amek pot.
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM….(adalah peringatan utk diri sendiri)
Mulai sekarang marilah sama2 kita dekatkan diri kepadaNYA.Semoga kita semua akan memperoleh syafaat di akhirat kelak.
~Semalam adalah sejarah yang tidak dapat dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita.~ =)

Wallahu ‘alam…
0 comments:
Post a Comment