CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 21, 2009

Antara sifat-sifat jiwa orang yang sombong…

Assalamualaikum…

Xtaula knpe hati ni teringin sgt nk post entri ni..

Nk melampiaskan ketidakpuasan hati??? Hu4

Nk menyedapkan hati??

Sje je…utk bacaan??

For sure sbg peringatan kpd diri sendiri dan juga kpd sahabat-sahabat sekalian….. =)


  1. Memandang rendah pada orang lain, terutama orang yang difikirkan kurang darinya.
  2. Menghina,memalukan,menengking,marah,mengamuk,berang,memaki-maki,mencerca,meninggi suara,masam muka terhadap orang yang dipandang rendah.
  3. Pendapat orang lain walau benar sekalipun tidak akan diterima.
  4. Kalau di dalam sesuatu majlis dia sahaja yang boleh ‘borong’(dia je bercakap),orang lain tidak boleh.
  5. Dia tidak suka menziarahi orang tetapi meminta orang menziarahi dia.
  6. Berjalannya dengan gaya angkuh dan bangga seperti yang diceritakan dalam al-quran. Bila tiba di hadapan orang,dia terus cekak pinggang dan pandangannya diseriuskan tanpa kasihan belas dan kasih sayang.
  7. Dia tidak duduk bersama dengan orang yang dipandang rendah.
  8. Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu hanya dari dia.
  9. Tolak ansur,timbang rasa, kerjasama,bantu-membantu dan hormat menghormati tidak ada padanya.



#Nauzubillah jika sifat ini ada dalam diri kita.

Ayat 18 Surah Luqman: Dan janganlah kamu memalingkan pipi kepada manusia dan janganlah kamu condongkan wajah dalam keadaan takbur dan bermegah-megah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai semua perkara yang sombong.

Ayat 19 Surah Luqman: Bersederhanalah dalam langkahmu yakni berjalan, jangan terlalul embab dan tidak pula terlalu laju. Berjalanlah dalam keadaan tenang dan merendah diri.



0 comments:

Post a Comment