CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 22, 2011

Perhimpunan..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih di beri peluang olehNYA meneruskan perjuangan di dunia sementara ini..
Sihat iman? Sihat amal?? Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik lagi..


Tahukah kita tentang "Yaumal-Hisab", "Yaumal-Mizan" atau Hari Perhitungan??

Akan diselidiki/ dihitung satu persatu amal perbuatan, kegiatan dan usaha selama hidup di atas dunia ini, baik mahupun buruk. Dan semuanya akan diperlakukan dengan adil dan tidak ada yang tersembunyi. Gentarkah hati anda?? Ingatlah JANJI ALLAH itu BENAR!

Ingatlah kita menghadiri satu perhimpunan besar di PADANG MAHSYAR. Iaitu selepas bangkit dan keluar dari kubur sebagaimana firman Allah;

"Ingatlah hari yang Kami akan mengumpulkan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga."
(Maryam ayat 85-86)

Beginikah keadaan kita di perhimpunan itu?



atau ini?




Perhimpunan di hari ini adalah di mana menunggu keputusan Allah terhadap manusia. Keadaan manusia (kita semua) pada hari itu samalah dengan keadaan kita semasa keluar perut ibu; berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan.

Masih mahu BERMEGAH dengan KEMEWAHAN anda?? Kasut syto? Baju branded?

Namun demikian ada golongan manusia yang berada di bawah naungan Allah sebagaiman yang diterangkan Rasulullah SAW;
Maksudnya:
"Tujuh golongan manusia, ALLAH naungi mereka di bawah naungan pada Hari Kiamat yang mana pada hari tu tidak ada sebarang naungan kecuali naungan ALLAH."

Mereka ialah:

  1. Imam (ketua pemerintah yang adil)
  2. Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid
  4. Dua orang lelaki yang berkasihan kerana Allah, berhimpun kerana Allah dan berpisah di antara keduanya juga kerana Allah
  5. Lelaki yang diminta (melakukan perbuatan zina) oleh perempuan yang berpangkat dan cantik, lalu dia berkata; "SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH.
  6. Lelaki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekah itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kanannya apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya.
  7. Lelaki yang berzikir (mengingati Allah) dalam keadaan seorang diri sehingga mengalir air matanya.

Mampukah kita menerima naungan daripadaNYA??

P/S: Tahun sentiasa berubah, umur kian meningkat, adakah amal juga begitu??

Saturday, January 1, 2011

Kesederhaan..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih mampu menyedut udaraMU ya ALLAH..
Semoga setiap detik dan saat kita semua dibawah lindunganNYA..

Sekadar perkongsian, pesanan dan peringatan di tahun baru buat diri ini dan juga buat semua.
Kisah seorang khalifah bukan sahaja adil, bijaksana malah amanah. Beliau ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Atas keperibadian yang mulia tidak hairanlah di masa pimpinan beliau, umat Islam hidup makmur dan sejahtera.

Ketika beliau sedang sibuk menguruskan hal pemerintahan yang belum selesai, satu ketukan di ruang kerjanya kedengaran. Setelah pintu dibuka, kelihatan anaknya berdiri di muka pintu. Kehadiran si anak tadi hanyalah bermaksud membicarakan tentang urusan keluarga.

Khalifah Umar terus meniup lampu minyak yang menerangi mejanya. Sudah tentu bilik tadi menjadi gelap. Si anak merasa hairan dengan perbuatan ayahnya tadi.











"Ayah mengapa lampu tadi dipadamkan?"

"Begini anakku, lampu minyak ini milik negara malah menggunakan minyak negara pula. Oleh kerana itu, harus dimanfaatkan untuk kepentingan negara. Tadi, ayah sedang menguruskan urusan negara dan ayah menyalakan lampu. Sementara itu, kamu datang untuk membicarakan perihal keluarga, bukan urusan negara. Jadi, lampu ini ayah padamkan."

Kemudian, khalifah memanggil pembantunya untuk dibawakan lampu dari ruang tidur. Setelah itu, lampu dinyalakan.

"Sekarang, ruangan ini sudah terang. Ini lampu milik keluarga kita dan menggunakan minyak yang dibeli dengan wang kita sendiri."

Itulah dia Khalifah Umar yang amanah. Lampu dan minyak sudah membuktikan hal tersebut.Kesederhanaan dalam menjalani kehidupan.
Bagaimana dengan kita???

Sekadar jadi ketua kelas sudah mendabik dada, mempergunakan kuasa sesuka hati. Sama-samalah kita renungkan.

P/S: Ilmu adalah pendamping di masa sendirian, kawan di kala keterasingan, pengiring di kala sepi, penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati..