CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 20, 2009

Jenis-jenis orang kat muka bumi ni....

Assalamualaikum...


Hari ni,kita sentuh tentang senarai2 manusia kat muka bumi ni...
Macam2 ada... =)

Orang yang beriman
Orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar datangnya daripada Allah SWT. Segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada dalam kalbunya. Orang lelaki yang beriman disebut dengan mukmin manakala orang perempuan yang beriman di sebut dengan mukminah.

Orang Islam
Orang Islam adalah orang yang tunduk dan patuh pada segala sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Islam. Orang lelaki Islam dipanggil muslimin manakala orang perempuan pila dipanggil muslimah. Antara iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana keduanya mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Orang Kafir
Orang kafir iaitu orang yang mengingkari kebenaran agama Islam, tidak mengakui keEsaan Allah SWT dan tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Orang kafir ini boleh memeluk Islam jika ia yakin dengan keEsaan Allah dan kebenaran Rasulullah SAW dibuktikan dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Orang Murtad
Orang murtad iaitu orang yang telah keluar daripada agama Islam baik secara langsung ataupun tidak.
Sama ada ia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya setelah ia memeluk agama Islam, ataupun tidak menganut mana-mana agama. Orang yang murtad ini segala amalannya akan gugur dan akan dimasukkan ke dalam api neraka oleh Allah SWT.

Orang Munafik
Orang munafik iaitu orang yang zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatan munafik iaitu orang yang berpura-pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkannya.


Orang Syirik
Orang syirik ialah orang yang menyekutukan Allah atau menganggap sesuatu itu sama dengan Allah. Mereka mempercayai selain daripada Allah, seperti menyembah berhala,pohon-pohon besar, bahkan menyembah nenek moyang mereka. Orang-orang yang syirik ini juga disebut dengan musyrik.

Orang Fasiq
Orang yang fasiq adalah orang yang keluar daripada jalan kebenaran dan tidak mempedulikan segala perintah Allah SWT. Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas-lunas Islam tetapi hanya mengikut hawa nafsu.

Orang Zalim
Orang yang zalim itu ialah orang yang berhati kejam. Dalam hati mereka tidak memiliki rasa takut kepada Allah dan mereka tidak beriman serta tergolong dalam golangan orang-orang kafir. Allah SWT sangat benci terhadap orang-orang yang zalim.

Wallahua’lam…

Semoga kita tergolong bersama orang-orang yang benar..







0 comments:

Post a Comment