Assalamualaikum…
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera, insyaAllah sihat iman, sihat badan, biizniHi =)
Macam gempaq je tajuk…huhuhu
Yela,mana ade org yang sempurna dalam hidup ni. Semua ada kekurangan dan kelebihan masing2. Tapi ingat,kitalah makhluk terbaik yang ALLAH ciptakan. Subhanallah..
Setiap orang ada masalah. Xde yang langsung xde masalah kat dunia ni kan? Kalau lari pun masalah xkan selesai. Nak xnak kena hadapi jugak. Cuma cara kita selesaikan masalah tu je. Sama ada guna akal mahupun nafsu.
Sebesar mana pun masalah tu,kita kena sabar. Dan masa tulah kita tau PESONANYA SABAR.. Sabar boleh dibahagikan kepada banyak jenis. Ana sentuh beberapa jenis je..
Sabar Mengerjakan Ketaatan
Kita perlu bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT kerana tanpanya kekhusyukan dalam ibadah kita akan hilang.
Cabaran yang biasa dihadapi oleh manusia ialah tarikan dan dorongan untuk melakukan maksiat yang bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi untuk meninggalnya bukan senang kerana ianya memerlukan pengorbanan dan ketabahan yang besar.
Jadi kat sini ana nak kongsi sikit cara untuk mengembangkan dan memantapkan lagi sifat SABAR dalam diri kita.
- Jangan fikir untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang dilakukan.
- Terimalah hakikat bahawa sukar untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan anda bersikap adil,wajar dan biarkan masa yang menentukan.
- Jangan fikir anda mengetahui apa yang terbaik untuk orang lain.
- Jangan fikir bahawa bila mereka tidak bersetuju dengan anda mengenai apa sekalipun, mereka akan menunjukkan sifat tidak wajar terhadap anda.
- Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
- Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah dan tidak menentu. Hadapi dengan tenang dan cuba kawal sifat diri anda.
- Terima hakikat bahawa wujud kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri sendiri dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kekecewaan akan jadikan diri anda berkelakuan seperti orang yang hilang sabar.
Waallahu’alam..
P/S: Menurut Abu Talib al-Makky, sabar adalah kunci untuk masuk syurga dan menyelamatkan diri dari neraka.
MARAH itu merupakan PENYAKIT ROHANI. =)
1 comments:
salam..
yep, stuju..nobody is perfect...=)
Post a Comment