CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 24, 2010

BFF @ FEL @ UFAA...


Assalamualaikum wa salam mahabbah ila kullukum..=))

Syukur kepada ALLAH yang masih mengurniakan nafas pada kita untuk segera memperbaharui taubat.

Mesti ramai yang tertanya-tanya mende pulakla tajuk post ana ni kan??
Mungkin sesetengah boleh agak apa maksud huruf-huruf tersebut...=P

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. (Saidina Ali)

Okla,sebenarnya ana post kali ni ana nak kongsi nasihat Saidina Al-Qamah R.A iaitu "5 cara memilih sahabat"..



Pertama: pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik @ membantumu, dia suka menerima dengan terharu, jika dia melihat kebaikkan dirimu,dia suka menyebutnya.

Ketiga: pilihlah sahabat jika ia tahu keburukkan dan kelemahan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: pilihlah sahabat jika kamu meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika kamu menghadapi kesukaran @ kesedihan ia membantu meringankan kesusahan dan menghiburkanmu.

Kelima: pilihlah sahabat jika engkau berkata ia membenarkan ucapan. Jika engkau berselisih pendapat dengannya, dia suka mengalah sebab tidak mahu menimbulkan pergaduhan demi menjaga hubungan persahabatan.



BFF-BEST FRIEND FOREVER
FEL-FRIENDSHIP EVER LASTING
UFAA-UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA



Sebagai memulakan persahabatan,tak perlu bagi kita mencari ciri-ciri sahabat seperti diatas..sebaliknya kitalah yang perlu berusaha untuk menjadi seperti itu.


P/S:Untuk mencari sahabat terbaik,kita terlebih dahulu bersedia untuk menjadi yang terbaik. =)



0 comments:

Post a Comment