CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 5, 2009

REALITI??

Assalamualaikum….
Kali ni,mmg ana nk luahkan ketidakpuasan hati ana. Sebenarnya masalah ni dah lama terbuku di hati. Kat sini,niat hati ana bkn nk aibkan sapa2…..tp perkara ini mmg terjadi dalam kalangan teman2 ana. Serius,ana sebenarnya xphm dgn situasi yg berlaku. Mungkin ana akan dikecam sbb keluarkn entri ini. Tp,ana nk dgr penjelasan shbt2.Apa yg ana ceritakan kat bwh ni adalah pengalaman yg benar2 berlaku. Jd,ana harap sgt sahabat2 ana kat sini boleh jelaskan kepada ana…


Semasa di sekolah tahfiz = Sebelum jadi hafiz/hafizah

- Couple : HARAM
Haram 2 berdosala,muqadimah zina
- Dating : HARAM gak
Berdua,akan ada setan,nak jadi z
ina
- Fitnah : mne boleh,berdosa
Dosa die cam bunuh orang
- Message ngn muslimin/muslimat : Nnt de perasaan pulak
Ramai lg member2 perempuan/laki
- Ckp ngn muslimat/muslimin : FITNAH
Muslimat adalah finah paling bes
ar bg kita/nnt timbul fitnah pulak
- Hisap rokok : HARAM
Memudaratkan diri sendiri
- Tinggal solat : BERDOSA
Solatkan tiang agama
- Menipu : BERDOSA

Xdpt pahala pn tipu ni
- CD/Video2/Gmbr2 lucah : ZINA MATA




Selepas tamat sekolah = Dah bergelar hafiz/hafizah

- Couple
Lumrah manusia (semua org de perasaan) *amboi dh pndai

- Dating

Ktorg keluar beli brg sama2 je,salah ke???
Org ramai kot
- Mandi manda bersama pasangan di air terjun
Bkn berdua,ade teman kn???
- Fitnah
Jnji aku leh naikkn nama aku,peduli pe aku
- Message ngn muslimin/m
uslimat
Bila lg nk kenal2…xsalah rapatkan ukhuwah kn???-konon! (msg mengalahkan pasangan yang sah taraf-dah kawin)
- Ckp ngn muslimat/muslimin
Tny khabar pn salah ke?? Xkn nk ckp ngn dinding kot??
- Hisap rokok
Bukan byk pun,nk hilangka
n stress je
- Tinggal solat : Penat bai
Aku tertido,nnt aku gantila balik
- Menipu
Ala tipu sunat je,bukan selalu pn…
- CD/Video/Gmbr2 lucah
Bkn selalu tgk,sekali sekala je

- Bonceng moto bersama pasangan
Sekali je…(Sekali je yg mengaku)
- Setiap kali solat jumaat-terbongkang kt atas katil
Penat bai,ko jgn byk bnyila…(xpn
bt bodoh)



Disebabkan benda ni dah melampau mengasak-ngasak kepala ana ni,ana memberanikan diri untuk bertanya kepada yang lebih berusia.
Awk xyah pelikla,kami bt semua ni pn sbb rasa bebas..
Maklum jela,sblm ni xpnh bt. Nk gak rasa pe member2 lain bt.

Ni jwpn salah seorg drpd budak2 hafiz…sebab jd imam pe sume kn,kite panggil la ustaz,kn3??? Leh terima ke???
Beliau turut mengatakan…. Awk tau x,ktorg ni kira ALLAH masih ‘meredaila’ ilmuNya itu….

Ana tny,mcm 2 ke??

Dia jwb; ktorg masih lg berkopiah,solat kt masjid berjemaah……
Dlm hati ana,(hmm,solat kt masjid tp solat xpnh ckup,ALLAH reda ke?? Mungkin solat jemaah sbb nk cover yg tinggal??-panas hati gak dpt jwpn cmni)

Yang hafizah lak,bila tny knpa xsolat dijawapnya ana uzur…mak aii,bpak lma.. xkn darah haid ngn istihadhah pn xreti beza…kate hafizah?? Ilmu ttg 2 mesti dh tau kn??


Hmm,ayat2 xbpe enak nk dgr pn dh jd cm tasbih kt mulut..
-SIAL la ko ni…
-SETAN,ko pe hal??
-Perangai cam SIAL..
-BANGANG
-BANGSAT

-LAKHANAT
*bahasa ni mmg ana xtukar..inilah bhasa2 yg sntiasa di gunakan...

Perkataan2 kt atas ni mmg selalu sgt ana dgr dan ada di antara perkataan tersebut ana dapat atas kesalahan yang xdpt dielakkan. Terfikir gak ana,ni ke yg pelajar2 tahfiz bljr kt sekolah dlu?? Ni ke perkataan yg keluar drpd mulut pencinta2 ayat2 ALLAH?
Tlg ana…Ana mtk tlg sgt2 kt antum semua tlg jwb bg pihak mereka.Atau semua yg jd ni mmg benar2 berlaku kepada semua??? Asiif,ana hanya manusia biasa untuk menjwabnya.



Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."


Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)



31 comments:

-man ana- said...

kpd writer, inilah realiti umat islam zman skarang, iman itu mudah sngt utk berbolak blk..dan solusi kepada masalah2 ini ialah HATI..itu yg pling pnting..kalau hati tidak betul2 di"didik", maka anggotanya akn jga tidak bagus..ciri2 jahiliyyah yg ada pd zman nabi pon ada pd zman skarang..jadi x perlu lah pelik dan sedih..kembalilah kepada al-quran dan sunnah sbgai pegangan hidup yg akan menerangi hidup seseorang muslim itu..dan kembali pada sirah nabi muhammad our role model, bagaimana cara dan langkah2 yg nabi ambil dari awal hinggalah tertegaknya kerjaan islam madinah..
wallahu'alam..

pAnTh3ra le0 said...

Allahumma fighrlana dzunubana.
semoga hidayah dan taufiq yang Allah titipkan kekal dalam hati-hati kita.

siapalah saya untuk memberi komen kpd penulisan yang bagus ini.
cumanya mungkin pada point fitnah,
"- Fitnah : mne boleh,berdosa
Dosa die cam bunuh orang "

ditukar kpd istilah yang lebih tepat iaitu buhtan(asyaddu kazb)kerana fitnah menurut Al-qur'an dan hadis tidak membawa maksud tuduhan.
[maalish menegur melalui ruangan komen, jd boleh padam slps dibaca]

ummi adibah said...

benar.
itulah akibatnya kecanggihan silibus PENDIDIKAN BUATAN MANUSIA, diajar beragama tapi TIDAK DI AJAR UNTUK BERTUHAN DAN BERJUANG.

maka inilah akibatnya.
semua akar umbinya bermula daripada HATI.
sebelum diajar beragama apa kata di ajar untuk mengenal HATI, MENGENAL TUHAN, MENGENAL PERJUANGAN.

silapnya juga dari usaha pendidik.
ilmu yang diajar bukan lagi melalui rasa hati dan keikhlasan tapi sebab gaji, sebab puji, maka inilah kesannya..ilmu hati zaman sekarang amat payah ditemui.rata-ratanya mengagungkan ilmu akal semata.

tolong.
jangan dibenci mereka.
marahlah dalam keadaan bijaksana.
dan peluklah dengan penuh kasih sayang.
mari bersama CUCUK kelemahan orang-orang begini iaitu pada HATI-HATI nya..sebab disitulah ada Tuhan.hanya Tuhan penyelamat kepada semua permasalahan ini.

salam ukhuwah.

aNySs said...

hmm...skunk kpel da jd norma msyrkt..
hny kte yg kne bjk m'milih mne yg baek n mne yg bruk...salam ziarah:)

aku.husna.lurvetto said...

semuanya berbalik pd hati. persekitaran sekadar ujian. :)

نور شيايرا شازانياي بت مذني said...

salam... yg penting pangkalnya adalah "hati"
artikel ini boleh buat muhasabah diri..
ana mohon izin nk post di blog ana ya..
jazakumulullah

Asiah yusro said...

Setiap kita akan diuji dengan lemahnya iman.. maka hendaklah kita sentiasa hidup dalam pentarbiyahan.. sentiasa menghidupkan hati2 kita dan sentiasa saling menginati agar kita tidak terpesong dari jalanNYA..

Sentiasa bersahabat dengan mereka yang soleh dan solehah, agar diri kita sentiasa diingatkan

sentiasalah membaca buku dan kitab2 yang berfaedah.. agar hidayah dan taufiqnya tidak lari dari kita

jangan berbangga dengan ilmu yang ada.. kerana itu adalah ilmu ALLAH tetapi gunakan ilmu sebaiknya.. kerana menjadi pemberat amal kita

kroL_naru said...

sy bkan ustaz.. sy xpandai bab hukum hakam ini.. tpi, sy nk smua orang taw inilah umat akhir zaman. ilmu dtarik sedikit demi sedikit.. tmpat rujukan pun sdah berkurangan malah kian pupus.. orang yg xblaja agama tpi b'ckap ttg agama dan pandai keluarkan hkum sndri plak.. persekitaran penuh dgan maksiat. pembangunan it, pembangunan sekitar tidak seimbang dengan pembangunan rohani...

permata biru said...

mabruk sahbatku..kita sbgai ummat islam hrus yakin bhwa mmg dh tsurat d luh mahfuz akn jodoh kita..tba wktunya..ia akn mncul..buat ape kta mhrap n menabur pd sesuatu yg tdk pst..nfsu bkn untk d belai..mabruk!! truskn pjuangan

kakchik said...

kakchik setuju hati adalah pokok pangkalnya tapi jangan lupa zaman sekarang terlalu banyak yang tidak cek sumber MAKANAN yang masuk ke dalam mulut terus ke perut.
pengalaman sendiri, ada pelajar tahfiz mencuri sedangkan mereka sedang menghafaz. mencuri duit membeli makanan, haram menjadi darah daging, menghafal mungkin ingat tapi hati kotor dari memahami nilai sebenar di sebalik ayat yang dihafal.
mungkin juga hanya berjaya menghafal sebuah al-Quran tapi tidak pula memahami dan menghayati ayat-ayatnya.
begitu juga dengan kawan di sekeliling. kalau yakin kita besi berani, berkawanlah dgn siapapun, iman sukar digugat. tapi jika diri besi buruk, nescaya mudahlah kita terpengaruh dgn kawan. kalau kawan itu soleh, maka solehlah tapi jika kawan tidak soleh, jadilah perkara2 di atas.

pandangan kakchik semata.

Syauqah Mujahidah said...

Aslmualaikum..
Isu ini sebenarnya memang kita xboleh nk nafikan. Mmg wujud segelintir pihak yg sebegitu.
Hafiz atau tidak , hafizah atau tidak , itu bukan persoalannya. Allah itu adil. Dia tidak menilai kita berdasarkan kita hfl Al-Quran atau tidak , Dia tidak menilai kita berdasarkan kita slt jemaah di msjid atau tidak. Allah swt menilai hati kita , iman kita. Kita sebagai hambaNya tidak berhak menilai org lain, sebaik2 Penilai hanyalah Allah swt.

Sebnrnya ini semua bermula dari kita sendiri , hati kita. Ingt pesan Nabi , dlm diri kita ini ada seketul dgg , jika baik dgg itu , baiklah kita , jika tidak , jhtlah kita.Dan dgg itu adalah hati.Hati itu kita yang kemudi berdasarkan akal fkrn kita yg waras berpandukan syariat yg telah Allah swt tetapkan. Pilihan ditgn kita. Syaitan tlh jlnkan tgsnya utk mnyesatkan kita , tapi pilihan ditgn kita s/ada utk ikut apa yg syaitan suruh atau taat perntah Allah.Semuanya slh kita sndiri jika kita yg ikut kata syaitan..(rujuk surah Ibrahim :22)


Intihanya , semua berbalik pada kita sndiri. Jika kita nak , semua boleh jadi. Jika kita tak nak , boleh je kalau kita benar2 istiqomah. Yg pntng , jgn kita menilai seseorang itu berdasarkan luarannya. Tidak kiralah dia ahli agama atau tidak..Itu hak Allah utk menilai hati dan imannya. Terpulg pada indivdu tu sndiri nk mengemudi hatinya. Dan yg pling utama , selalulah bersgka baik ok. Allah tak suka jika asyik bersngka buruk.

Asif jika komen ana ni ada mengguris hati mana2 pihak. Hnya pndpt ana sj.

Wslm..

AQIL MUBASHSHIR B BAHARUDIN said...

1. Iman taqlid…
2. Iman ilmu…
3. Iman ayan…
4. Iman hak…
5. Iman hakikat…

1. Iman taqliq
Iman ikut-ikutan, prinsip islam nya, juga rukun imanya tidak kuat dan kukuh. iman yang selalu tertewas dengan nafsu. juga iman ini juga ia tidak tahu kenapa ia bersolat, ia tidak tahu dan mengerti kenapa ia beribadah dan yang lain-lain rukun itu ia tidak tahu, tidak tahu bila di tanya tentang dalil Allah itu ada dan lain-lain ia tidak tahu.

2. Iman ilmu
Iman yang bertunjangkan pada ilmu semata-mata.yang mana segala ilmu agama itu mereka tahu dan megerti dan kenal dan belajar secara rasmi tentang Allah dan rukun iman yang lain. Mereka juga tahu selok belok agama dengan baik dan sehingga sampai ke taraf ph.D, M.A. dan BA dalam agama. namun keyakinannya berasas kuat pada fikirannya sahaja. imannya belum berada dalam hati, segala yang dia yakini itu hanya dalam bentuk pengetahuan dan belum dalam bentuk kejiwaan. Hatinya belum ada hubungan dengan Allah dan belum lagi terpaut dengan Allah, hatinya belum merasai kebesaran Allah. kerna itu ia tidak kasih dan rindu pada Allah, andai ingat pun di waktu paksa-paksa dan di waktu di timpa kesakitan. Iman ini masih berani darhaka pada Allah dengan buat segala larangannya. walapun ia tahu dan sedar dosa yang dilakukan namun, kekuatan iman ilmu yang dimiliki belum mampu melawan nafsu dan syaitan yang merajai hati dan jiwa mereka. Iman yang ada tidak sekuat nafsu yang menggila, kerna itu sering tewas dalam kelemahan dosa. Iman ini tidak sabar ketika berdepan dengan ujian, tidak reda dengan ketentuan ketika ujian yang Allah beri dengan kesusahan dan kerumitan hidup itu buat mereka resah,cemas, gelisah juga hilang pertimbangan dan bertindak di luar syariat. Sebaliknya bila Allah uji dengan kesenangan dan keseronokan hidup mereka akan lupa daratan juga hilang pertimbangan serta hilang pertimbangan serta mudah terjebak dalam tipuan nafsu dan syaitan.

3. Iman ayan
Iman yang lebih tinggi dari iman ilmu hasil dari mujahadah dan istiqamah mengerjakan ibadah-ibadah yang ada pada ilmunya. dengan cara ia belajar dan tambah ilmu lalu ia beramal ilmunya dengan faham dan khusuk hasilnya datangalah iman ayan. Iman ini keyakinannya bertempat di hati, dengan selalu memikirkan kebesaran Allah iman mula meresap dalam hatinya, mula merasai akan kewujudan Allah dalam hatinya, punyai hubungan hati dengan Allah dan sentiasa mengingati Allah. Setiap kali iman ini merenung segala kejadian bumi juga ciptaan Allah hatinya kagum dan memuji-muji kebijaksanaan Allah lalu terasa lah gagah akan Allah dan menjadikan mereka sedar yang mereka itu hanya hamba yang lemah dan berbisiklah hati mereka dengan mengajak diri menyembah, menyerah dan mengabdikan diri pada Allah tanpa syak dan ragu lagi. Iman ini taat segala perintah Allah sama ada kecil atau besar semua larangan itu ditinggalkan dengan penuh rela. di iman ini terasa berbuat sedikit dosa itu terasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka. Di iman ini ia mula rasa takut dengan Allah. Golongan ini golongan orang-orang soleh, abrar, muflihuun, al –faizuun, ashabul yamiin. Golongan ini sangat berhati-hati dalam buat dosa. walupun ada kala mereka terlalai dan terbuat dosa kecil tapi mereka segera menyesal dan bertaubah memohon ampun.

AQIL MUBASHSHIR B BAHARUDIN said...

4. Iman hak
Disebut iman sebenar. Dapat melihat Allah dengan mata hatinya dalam sebarang apa yang ia lihat. Iman ini menjadikan ia segera teringat kepada Allah setiap kali terpandang dan memandang akan apa sahaja ciptaan Allah. perasaan spontan yang bukan dibuat-buat terjelma dalam diri seperti rasa takut, hebat, puja, sanjung dan kasihkan Allah. Ingatan itu bukan di buat-buat atau dipaksa dan di fakir-fikirkan terlebih dahulu. Iman ini tidak terpesona lagsung dengan keindahan dan keseronokan duniawi. Cintanya penuh pada Allah dan pada kehidupan akhirat. Iman ini hatinya tidak lagsung dapat di lalaikan oleh nafsu dan syaitan. Iman ini milik wali-wali Allah. Segala ujian juga masalah yang menimpa walaupun apa sahaja bentuknya yang mana ujian-ujian itu tidak mampu tertanggung oleh orang-orang awam itu tidak pun melekat atau menjejaskan hati mereka. Kerana iman ini segala kesedihan, kesempitan , kegelisahan dan kekecewaan yang sering dirasa oleh manusia biasa tidak sedikit menggangu jiwa mereka, sebaliknya dalam apa jua suasana mereka ini sentiasa tenang, lapang, lega dan bahagia, iman ini menjadikan mereka sentiasa berada dalam kebahagian. kebahagian hati yang mana ia lebih baik dari kesenangan wang ringgit dan pangkat darjat. iman ini juga milik golongan muqarrabin yang mana hati mereka lagsung tak terpaut pada dunia dan pada mereka dunia ini dan segala harta benda juga wang ringgit tiada apa-apa nilai. Harta benda juga pangkat dan darjat itu terasa pada mereka seperti najis dan bangkai, jadi tidak ingin mereka rebutkan. Kerana itu mereka tidak rela najis dan bangkai itu melekat atau mengotori diri mereka, kerna itu mereka buang dan menjadikan baja atau beri sahaja pada orang-orang yang memerlukannya atau di simpan sahaja di tempat yang boleh mengelakan bahaya. Iman ini juga menjadikan mereka itu zahid, zuhud, ikhlas, waraq, jauh dari sifat-sifat mazmumah juga tak makan pujian dan tidak hina bila dicaci.

5. Iman hakikat
Iman yang akan di capai apabila melalui taraf iman ilmu, iman ayan, iman hak. Inilah iman kemuncak dalam kehidupan yang mungkin di capai oleh manusia ia iman yang teragung dan tertinggi. Iman yang paling sempurna ini milik rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa-ur rashidin dan wali-wali besar. Iman yang akan Allah tempatkan mereka di syurga tertinggi tanpa melalui sebarang hisab atau perkiraan. Kehidupan seharian mereka iman ini mereka tenggelam dalam kerinduan, asyik dan mabuk dengan Allah. 24 jam mereka isi sepenuhnya dengan kerinduan dan kecintaan pada Allah. Hati mereka kekal dengan Allah dalam tidur atau jaga. Gerak geri mereka, tutur kata, makan minum, senyum tawa dan seluruh perbuatan mereka semuanya dalam ibadah dan bakti kepada Allah. Budi mereka dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia, budi bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai. Kewaraqkan mereka juga ibadah mereka sehingga bengkak-bengkak kaki kerana lamanya berdiri, makannya sedikit, kehidupanya sederhana. Iman ini menjadikan mereka betul-betul mabuk dengan Allah. Hati yang penuh rindu dan cintakan Allah menjadikan mereka lupa diri, lupa makan minum dan tidak pedulikan orang lain selain Allah. Kadang-kadang mereka di lebel gila dan sebagainya dan kerna tidak tahan menanggung rindu itu sampai mereka mati, maka bertemulah dengan Allah kekasih yang dirinduinya. Di akhirat, Allah tempatkan orang ini di syurga tertinggi. Merekalah “super scale”akhirat. Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat. Allah kurniakan Sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.

AQIL MUBASHSHIR B BAHARUDIN said...

http://sendirimenanti.blogspot.com/2009/11/mengapa-sembahyang-tidak-membangunkan.html

semoga dapat menjawap persoalan...

imranulkhalis said...

Bismillah

Ni pandangan hamba.Lawat blog hamba ingatkan ada pe.Hoho.

Takpe,dah alang2 dah lawat dan dah baca entri tadi ase cam kene kat batang telinga sendiri.

Ini pengalaman hamba seorang penghafaz al-quran.Sikit pun hamba x bangga yang hamba hafaz quran.Pertama sekali,pada pandangan hamba yang buruk lagi hina ni.Tanya diri kita balik,kenapa hafaz al-quran?Nak dapat tittle alhafiz/hafizah?Kalo tu yang kita kejar,gi mamposlah adalah jawapaan yang paling sesuai.Kita hafaz quran sebab semata nak tittle?Eh!korang ingat nak hafal quran cam hafal lagu ayat-ayat cinta?Pernah gunung ditawarkan untuk jaga quran,tapi gunung xnak.Cayor gunung tu dibuatnya.Tapi manusia yang terhegeh-hegeh nak jaga quran.Tengok je la masa bila nabi terima wahyu,kemain susah beliau nak time wahyu tu.Yang kita hafal quran ni adalah kalam tuhan.Bukan lirik ayat-ayat cinta.

Kenapa bila masa duk ngaji kat Maahad semua leh di jaga?Ni lagi satu pengalaman hamba.MAsa kat Maahad semu terkawal.Persekitaran memainkan peranan penting.X hairanlah masa ngaji kat Maahad dulu semuanya alim,thiqah.Tapi bila dah kuar dari Maahad,semua jadi alim biawak,semua alim tahap sikat!Cis,teruk betul hamba!Persekitaran memainkan peranan yang amat besar.Orang yang hafaz quran suasana quran itu mestilah ada.Tapi bila dah kuar maahad,tengok awek kiri kanan mula yang dalam sluar naik x tentu pasal!Pasal x penah tengok pompan la katekan.

Seterusnya,pergaulan.Masa di maahad,pergaulan terjamin sebab terdiri dari mereka yang hanya menghafal quran dan tidak ada kena mengena ng dunia luar.Apatah lagi dunia skin head,punk,grunge mahupun p****a atau line 7.Semuanya masih terkawal.Tapi bila da kuar dai maahad,semacam kejutan budaya.Maka budak2 hafiz yang x enah tengok benda tu semua ase cam nak taw dan join.Maka jadila budaya yang tidak sehat.

Hisap rokok?Eh,standardlah!gua pon hisap choki-choki pe.Eh?Rokok ng choki-choki lain ek?Sowi2..Ni lagi satu.Entah,hamba pun xleh nak cakap pe.Yang ni no komen.

Pokok pangkalnye,kembali merawat hati.kembali melihat niat,tajdid niat.Kenapa mahu jadi hamlatul quran?Di sini,di platform ni hamba ingin membela juga para huffaz.Tak semua para huffaz yang camtu.Janganlah disebabkan sorang daripada mereka yang lain jadi mangsanya.Bak kata bidalan,kerana sirap setitik habis soya sebaldi.Tak semua para huffaz begitu.

Hamba ramai sahabat-sahabat yang pada mulanya amat alim.Matan abi syuja' hafal,matam arbaain khatam dengan sanad,Matan ajrumiyah selamber je kat mulut,belambak lagi terer2 tapi akhirnya ke kancah maksiat.Kesian bila tengok.Bukanlah hamba kata hamba ni yang terbaik dan alim.Sikit pun hamba bukan camtu.Hamba ni buruk,hina.Ilmu pun xde..

Setiap dari kita sebenarnya mempunyai peranan untuk mengislahkan sedara islam kita yang dah tersasar jauh.Jangan sesekali dihina atau dicemuh.Agak dia tu dah melampau tegurla...

nak sambung lagi ni,tapi sambung kendian leh?

sof_16 said...

salam.

ana xnak ckp byk.
xmo ulas mana betul n mana salah.
sbb dh terang2 kita tahu yg mana betul n salah.
cume nye bg golongan hamlatul quran ni...

mngkin kne salu sgt3 ingtkn dorg...
as-saff ayat 2 & 3.
dan ingtkn jugak hadith yg pasal...
quran akan jd hujah bg kita atau ke atas kita pd akhirat kelak.

same2 kita doa.
mereka dbukakan hati.
moge golongan ini tidak menjadi pencemar imej islam.
ameen ya rabb!~

::Ukhty Najian:: said...

salam...
betul sgt..sedih juga tgk keadaan realiti zaman skang..kita kena berhati2 dgn semua org..

UmmuL SyabinaR said...

itulah manusia..imannya seperti roda..sekejap diatas sekejap dibawah..(^_^) nice post.

Aeiyeim (abang long) said...

yang halal itu nyata ... yang haram itu pun sudah nyata.. dan antara ke2nya mengndungi perkara yang meragui.
kita insan .. kite lupe..
sentiasa ingt padaNYA
insya-allah.. bahagia dan ketenangan akan di temui (^_^)

murabbi said...

hnya skdar pndgn krn dri ni bkn dr maahad mahupun skolah agme..apatah lagi sb hamalatul quran..
bismillah..
bencilah sesuatu dan sukakan sesuatu kerana Allah,bukan kerana nfsu amarah..
"seutuh2 simpulan iman itu ialah benci dan cinta kerana Allah"
kembali kepada niat asal knape mnjadi huffaz itu..
pandanglah insan itu sbg sorang hmba bkn pd glran hfiz@hfizahnya..krn hnya Allah yg thu niat asal srta mngpa mreka mnjdi bgini..
tiap insan itu psti akn Allah ujinya untk dnilai imannya..
andai kukuh,psti kbhagiaan dikcapi..nmun andai longgar..rntuhlah imannya tatkala diuji..
wallhu'alam..

Khalifah said...

Assalamualaikum...
Syukran jazilan kpd man ana,akhi usmamah,ummi adibah atas pandangan dan pendapat antum...
Ana xprnh nk membenci sspe sbb hidup ini terlalu singkat utk membenci...
~Salam Ukhuwah utk semua~

Khalifah said...

aNySs...bkn soal couple ana tujukan...
terima kasih atas komen itu..

Khalifah said...

kpd aku.husna.lurvetto...terima kasih...
utk nur...selagi mna ia bermanfaat utk semua,silakan...

Khalifah said...

utk semua...syukran jazilan.....
atas komen yg membina,atas perkongsian ilmu antum,atas segala-galanya...
Kt sini,ana bkn menuding jari terhadap sesiapa...Ana cuma mahukan pendapat...
Ini hanya terjadi kepada sebahagian sahabat ana,mugkin tdk bg hamlatul quran di luar sana...
Cuba bygkan,jika realiti ini mmg berlaku kpd semua...apa nasib kita di akhirat kelak??
Oleh itu,marilah kita sama2 kukuhkan iman kita,kuatkan aqidah kita...

-Biar mati dicincang,meninggalkan ISLAM tidak sama sekali...-
Allahuakbar....

ibnulislam said...

assalamualaikum....benar tulisan ustazah, reality tu benar...kita yg sedar dgn reality itu wajib kita tegur jika kita berkuasa dan mampu...jgn biarkan mereka terus lalai....ana baca tulisan ustazah, nampak mmg ustazah marah, harapan ana yg lalai tu baca posting ni, tegur lah dgn cara berhikmah, matlamat kita, menyelamatkan kluarga dan saudara(sesama islam) kita dari menjadi bahan bakar api neraka...bg ana itulah pentingnya jemaah islam, gerakan islam...dalam berjemaah kita ada sahabat2 yg akan menegur kita...
*ustazah ana nak tambah, ana baca shout box ustazah ada yg kata jgn su'uzon dgn org, benar kata2nya, sbb matlamat kita amar makruf nahi mungkar, sbb mungkin ada yg terguris di hati mereka atas tulisan ustazah, kesannya ramai orang akan su'uzon dgn hafiz/ah, yg belajar agama..wallahualam...jazakillah

Khalifah said...

Waalaikumussalam...
Ilmu ana tidak setaraf ustazah,ana hnyalah seorg ank kecil yg baru belajar...
Dan komen ana kt atas,ana dah tulis yg ana bkn nk menuding jari kt sape2..
Ana cuma perlukan pndpt knpe ank2 skg jd cm2 dan ana nk dgn post ni kita sama2 menyelamatkan mereka...selamatkan ank2 ISLAM,yg bakal memimpin dunia... wallahualam

imranulkhalis said...

Bismillah...

Pakcik Imranulkhalis kembali membebel.

Sebenarnya tiap dari kita ada peranan masing-masing dalam nak mengembalikan islam di atas muka bumi.

Orang-orang yang penting dalam dunia ni dah tercemar dengan anasir-anasir luar.Memetik entri yang tuan punya blog sampaikan,hamba percaya bahawa entir yang tuan blog kuarkan ni adalah entri yang telah dicopy.Benar bukan?

Jadi x hairanlah jika kata-katanya sedikit marah atau semacam tidak puas hati.

Ya,hamba mengaku ana tergolohng dari mereka yang mengahafal quran,malah hamba sendiri pernah terjatuh dalam kancah maksit,tapi nasib baik Allah tu sayang lagi kat hamba maka diselamatkan hamba dari dunia yang penuh kegelapan itu.

Sayangnya masyarakat islam hari ini bila ternampak sahaja yang melakukan kesilapan maka terus dihukum mereka seolah mereka ini tidak layak berada di atas bumi Allah.

Peringatkan diri kita sekali lagi,bumi ini milik siapa?Anda atau Allah?Tubuh badan ini milik siapa?Anda atau Allah?Jika kita fikirkan itu maka jangan dicemuhkan orang-orang seperti mereka.Mereka masih perlukan bimbingan.

Mahu tahu kenapa kristian mendapat tempat dikalangan muda mudi?Kerana metod dakwah mereka adalah kasih sayang!Agama Islam adalah agama kasih sayang tetapi mengapa dibiarkan oleh kafir tersebut merampas takhta kasih sayang kita?Mereka mendekati manusia dengan kasih sayang dan akhlak yang baik.Mengapa kita yang beragama islam dan yang belajar ilmu ALlah tidak mahu menyampaikan,menegur kesalahan dengan kasih sayang?Bukankah Nabi itu nabi yang penuh kasih sayang?Adakah kita lupa?Hamba memesan kepada yang membaca dan diri hamba sendiri.

Kita mengaji ilmu Allah,namun mencemuh saudara sendiri,membiarkan saudara sendiri hanyut dalam kebinasaan.Kita akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat sana!Ingat tu.Hamba tidak banyak ilmu tapi hamba cuma menyampaikan apa yang hamba belajar.

Teguran tersebut tidak salah selagi ia tidak menjatuhkan aib.Masih ingatkah kita dengan pesan nabi SAW yang bermaksud lebih kurang begini?Barang siapa yang menutup aib saudaranya maka di akhirat nanti allah akan menutup aibnya di hadapan manusia.Mari kita sama-sama ingatkan diri kita.

Menjadi seorang hamlatul quran bukan perkara biasa.Menanggung al-quran dalam kepala dan hati bukan perkara yang boleh dilakukan oleh semua orang.Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat keistimewaan ini,maka tidak hairanlah jika halangan dan cobaan para huffaz ini makin berat dan menggila.Ini pengalaman hamba!

Selalu persan pada diri kita sendiri yang setiap dari kita ini adlah daei.Penyeru kepada kebaikan.Bukankah ummat Muhammad ummat dakwah?

Khalifah said...

Syukran ye imranulkhalis...
Maaf,entri ini,ana xcopy dr mne2 blog..
Dan ini,benar2 terjadi dlm hidup ana...
sila baca post terbaru ana...syukran

نور شيايرا شازانياي بت مذني said...

salam alaik kak..

Buat bersabar kak..
initial patient is bitter, but ultimately sweet

Pangkalnyer adalah hati...

imranulkhalis said...

Salam..

Pakcik Imranulkhalis membebel lagi.Sekali lagi,kedatangan tuan blog ke blog hamba amat mengejutkan.Hoho...Ingatkan pe tadi,cuma nak kabo je.Tak pelah..

Baiklah,kalo benar tuan blog x copy artikel ni baguslah,nampak sangat tuan blog ni rajin menulis.xpela...Boleh teh atau milokan dia.Hoho..Ei!Pe ni wat lawat x jadi ni..??!!

Baiklah....Nak cerita sikit je la.Kalo tuan blog ada kawan2 yang camtu tapi hamba,hamba sendiri yang melalui perkara itu.Hamba mula menghafaz Al-quran sejak usia 13 tahun,sekarang ni da nak masuk umor 20 lebih da.Lama kan?Jadi nak gtawla,sape2 yang ase nak masuk meminang hamba ni leh la datang blog hamba ni.Hoho..

Dish!Dish!kan da kene penumbuk ng tuan blog..Adoyai,sakit2..Ok2..

Jadi,yang bermasalah macamtu sebenarnya terjadi disebabkan orang yang bangga hafaz quran tapi x mampu menjaga,ataupun orang yang hafaz quran,mampu menjaga tapi tidak coba untuk mengamalkan.Begitulah adanya.Hamba nak cakap banyak sangat hamba bukan pandai.Hamba ni ngong yang amat sangat.Masih belajar lagi.

Cuma kepada tuan blog,hamba minta tegur secara berhikmah.Maksud hamba,bukan cara ukhti tegur ni tak berhikmah,tapi kadangkala ia membuatkan hati ramai yang terluka.Macam hamba cakap,tak salah menegur.Niat ukhti baik,hamba tahu.Tapi hamba yang dikalangan mereka terasa gak,kena batang telinga sendiri.Kalo ukhti ada kawan-kawan yang camtu,hamba sendiri melalui pengalaman itu.

P/S : Maaf,hamba x suka bahasakan diri hamba 'ana' sebab nanti ase cam da cukup best.Hoho..Hamba suke bahasakan hamba kerana nanti kita tahu dimana kita dengan tuhan.LAgi sekali...Hoho..

P/S : Tuan blog,senyum selalu.Lagi satu,kat mana tuan bog dapat wat signature tu ek?Leh bagi link?

P/S : Hoho..!

Khalifah said...

Waalaikumussalam...

Syukran jazilan dik... =)

Utk pakcik imranulkhalis..amboi2...
Tang mana 2,ayat ana nmpk kasar???
Utk pengetahuan pakcik naa,itu adalah jwpn drpd mereka semua...
Yg kaler hijau & biru itu semua adalah jwpn mereka..
Dan yang kuning pulak,perbualan ana dgn slah seorg dr mereka..
Dan bkn hak ana utk mereka2 cerita...
Cukuplah ALLAH utk ana,org lain xnmpk pn ana xkesah...

P/s: Nk signature ek??
Bolehla ikot sini.....
http://www.mylivesignature.com

Post a Comment