CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 7, 2009

Melarikan diri daripada wali...

*sekadar gambar hiasan*



Assalamualaikum…

Dah lama ana xsentuh tentang dunia kepeguaman kn??

InsyaAllah untuk post kali ini,ana akan berkongsi sedikit sebanyak tentang ini.


Rasional sgt penting dlm bercinta. Persoalan emosi hendaklah diletakkan pada tangga yg kedua. Pertimbangan hanya menggunakan emosi akan menatijahkan kesan buruk dalam hidup kita untuk satu tempoh yang agak panjang. (Jgn risau ayat ni ana cedok kt buku…=p)


Ada antara gadis2 yang mudah termakan pujukan dan menerima ajakan orang yang dikasihinya supaya cepat2 bernikah. (Ada baik,ada buruknya) Apabila ada halangan daripada keluarga si gadis tanpa berfikir panjang,gadis tersebut terus mengikut lelaki itu untuk “sehidup semati”..

Se idop se mati… (T_T) *Nauzubillah…


Pilihan popoular ialah lari ke Selatan Thai,tp yg makin popular skg LOMBOK la kn…

Bunyi mcm romantic sekali, (macam je kawan2) tetapi kesannya amat buruk, terutamanya kpd kita gadis2.


Kita tgk rukun nikah dulu ye…

1.Suami

2.Isteri

3.Wali

4.Saksi

5.Lafaz ijab qabul (sighah)


Secara ringkasnya,kesan kawin lari adalah seperti berikut;

1. Bernikah dengan sindiket tanpa tauliah mengakibatkan perkahwinan itu tidak dpt disahkan di mana2 Mahkamah Syariah di Malaysia

2. Sekalipun perkahwinan itu sah,pasangan hendaklah segera mendaftarkan perkahwinan di Malaysia dlm tempoh enam bulan setelah kembali ke tanah air (mcm jauh je bnyi)

3. Kegagalan utk mendaftarkan perkahwinan itu;

- Sijil nikah Malaysia tdk dpt dikeluarkan

-Anak2 sukar didaftarkan

-Penceraian sukar dipohon

-Mewujudkan generasi yg pincang (xsure ttg mak ayah yg sah)



Ok,skg kita tgk pe yg perlu dilakukan sekiranya ibu bapa gadis itu enggan menjadi wali ataupun tdk bersetuju dgn pilihan gadis tersebut;

a) Gadis tersebut perlulah membuat permohonan wali ingkar di Mahkamah Syariah.

b) Gadis dan walinya (biasanya bapa, datuk atau abang) akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

c) Mahkamah akan menimbangkan sama ada permohonan gadis itu ataupun alasan wali itu wajar.

d) Sekiranya alasan wali tidak wajar,maka mahkamah boleh meluluskan gadis itu berkahwin dengan menggunakan wali hakim. Jadi pernikahan boleh dilangsungkan di Malaysia.

e) Sekiranya alasan wali wajar, mahkamah tidak akan meluluskan permohonan gadis tersebut . Nyata bahawa alasan wali lebih kukuh dan jelas bakal suami gadis tersebut tidak layak untuk mengahwini anak gadisnya.



P/S: Mudahkan jangan susahkan..

Jangan sia2kn hidup anda semata2 krn C.I.N.T.A.. Ingat!! =)






Wallahua’alam..

0 comments:

Post a Comment