Tinggal beberapa jam lagi kita akan dihadiri oleh bulan rahmat, keampunan dan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.
Bulan yang kita semua nanti-nantikan..
Setiap mukmin pastinya bergembira dengan ketibaan bulan ini kerana pelbagai kelebihan dan keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Bulan yang kita semua nanti-nantikan..
Setiap mukmin pastinya bergembira dengan ketibaan bulan ini kerana pelbagai kelebihan dan keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Khabar gembira bagi orang mukmin
Dengan ketibaan bulan agung ini, Rasulullah saw selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat r.a. dengan sabdanya:
“Telah datang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Allah mewajibkan kamu berpuasa padanya, pintu-pintu surga di buka pada bulan itu, pintu-pintu neraka di tutup, dan para syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat malam (kemuliaan/lailatul qadr) yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang (untuk mendapatkan) kebaikan malam itu maka sungguh dia telah terhalang (dari keutamaan yang agung)”Imam Ahmad Nasaie
Keutamaan Ramadan dan Puasa
1. Bulan al-Quran diturunkan
Allah berfirman:”Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur`an” [Al-Baqarah : 185].
2. Terdapat malam lebih baik dari seribu bulan
Allah Ta’ala berfirman :
”Malam Qadr lebih baik dari seribu bulan” [ al-Qadr :3].
3. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah S.A.W bersabda :
”Apabila Ramadan telah tiba, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu jahannam
ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu.”
Di dalam riwayat lain :
”Apabila Ramadan telah datang, pintu-pintu surga dibuka”.
Di dalam riwayat lain :
4. Ahli neraka dibebaskan setiap malam
Di dalam hadits riwayat Tirmizi :
”Berseru seorang penyeru: wahai orang yang menghendaki kebaikan lakukan dan laksanakanlah, wahai orang yang menghendaki keburukan kurangilah. Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka dan hal ini terjadi setiap malam sampai berakhirnya Ramadhan.” [dihasankan oleh al-Albani].
5. Ganjaran pahala dilipatgandakan
Rasulullah S.A.W bersabda :
”Setiap amal bani Adam dilipatgandakan, kebaikan diganjar sepuluh kali lipat yang sepadan dengannya hingga sampai 700 kali ganda, bahkan hingga sampai kepada apa yang Allah SWT kehendaki. Allah SWT berfirman : kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan syahwat dan makannya hanya kerana Aku. [Muttafaq ’alaihi]
6. Masuk syurga melalui pintu rayyan
Rasulullah S.A.W bersabda :
”Sesungguhnya di dalam surga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk darinya pada hari kiamat, dan tidak ada seorangpun selain mereka yang dapat memasukinya. Apabila mereka telah memasukinya pintu tersebut ditutup,maka dan tidak ada lagi seorangpun yang dapat memasukinya.” [Muttafaq ’alaihi].
7. Diampunkan dosa
Rasulullah S.A.W bersabda :
”Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ihtisab (mengharap
balasan dari Allah SWT) maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Muttafaq ’alaihi].
Rasulullah S.A.w bersabda :
”...antara solat lima waktu, antara Jum’at yang satu ke Jum’at yang lain dan antara
Ramadhan yang satu ke Ramadhan yang lain, terdapat kafarat (penghapus dosa)
diantaranya, selama dosa-dosa besar dijauhi.”[Imam Muslim].
8. Dimasukkan ke syurga
Dari Abi Umamah beliau berkata : Aku mendatangi Rasulullah S.A.W dan aku berkata : ”Tunjukkan padaku amalan yang dapat memasukkanku ke syurga.” Beliau menjawab :”berpuasalah kerana tidak ada yang sepadan dengannya.” Kemudian aku mendatangi beliau kedua kalinya, beliau tetap berkata : ”Berpuasalah”. [Shahih,Imam Ahmad].
9. Dijauhkan dari neraka
Rasulullah S.A.W bersabda :
”Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah SWT, melainkan Allah SWT jauhkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh kharif (jarak perjalanan).” [HR Muslim].
10. Mendapat dua kegembiraan dan bau mulut lebih harum dari kasturi
Rasulullah S.A.W bersabda :
Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan tatkala ia berbuka dan kegembiraan tatkala ia bertemu dengan Rabb-nya. Sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah SWT dibandingkan harumnya kasturi.” [muttafaq ’alaihi].
P/S: Marilah kita sama-sama memperbaharui taubat kita... =)
0 comments:
Post a Comment