CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 31, 2010

Kembara...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur dengan nikmatNYA..
Semoga kita semua sihat iman, sihat amal, dan sihat jasad... InsyaAllah...

Terlalu lama diri ini mengembara...mengembara mencari erti hidup, mengembara memahami maksud pengharapan padaNYA, mengembara mendalami maksud kekuatan, keyakinan dan kesabaran, mengembara untuk menguatkan jiwa...

Kini baru ku sedar kehidupan meniti jambatan ke akhirat juga bukan mudah.. Terlalu banyak dengan mehnah.. Tapi ingatlah sesungguhnya SYURGA itu INDAH bukan?? Allah itu As-Sami' (YANG MAHA MENDENGAR)..teman setia di kala gembira, pendengar setia di kala kesusahan & kegundahan.. ALLAHUAKBAR...


Kenapa manusia secara khususnya umat Islam sekarang lebih suka menetapkan azam bila mana menginjaknya ke tahun baru??



Akhir bulan 12 je, sana sini sibuk menceritakan tentang azam masing-masing, sibuk bertanya azam baru sahabat-sahabat.. Kenapa tidak pada 1 Muharram??










" Wahai manusia! Hari demi hari usiamu berkurang tanpa kamu sedari. Setiap hari AKU datangkan rezeki kepadamu tetapi kamu tidak memujiKU. Dengan pemberian yang banyak, kamu tidak pernah merasa puas."

"Wahai manusia! Setiap hari AKU mendatangkan rezeki untukmu. Namun setiap malam malaikat datang kepadaku membawa catatan perbuatan burukmu. Engkau makan dengan lahap rezekiKU, namun engaku tidak segan-segan berbuat derhaka kepadaKU."

"AKU kabulkan ketika engkau berdoa kepadaKU. KebaikanKU tidak putus-putus mengalir untukmu. Namun catatan keburukan amalmu kepadaKU tiada hentinya."


P/S: Panduan tahun baru.Berusahalah untuk berubah! AKU MENANGIS....


Saturday, November 20, 2010

Laksamana Cheng Ho..

Assalamualaikum...
Buat semua...post kali ini adalah bertujuan untuk promosi je...huhuhu
Kepada sesiapa yang berminat anda semua dijemput datang...


MASUK ADALAH PERCUMA




wah,memang betul-betul promote...
Sesiapa yang tak pernah jejakkan kaki kat Kelantan, bolehla sila-sila... =)

Kali ini, biar gambar yang berbicara...

* Sila klik untuk tumbesaran serta merta


P/S: Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu kita berjaya merempuhi samudera yang luas… ~TGNA~



Wednesday, November 17, 2010

Eid Mubarak!!


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd..


Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Aku mendengar Rasulullah berkhutbah, sabda baginda: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

Tidak makan sehingga selesai solat Eidul Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw kelu
ar untuk solat eidul fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada eidul adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )



Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM, melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL... Di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN..

Sebak hati ini bila mana mendengar suara serak abah memuja dan memuji ALLAH dengan takbir...

Allahuakbar, macam mana nak raya jauh?? Macam mana kalau tak balik kampung?? (T_T)


Kata Abah; banyak pahala bagi sesiapa yang menghidupkan malam raya... Kalau kat Mekah orang tak tidur sebab menghidupkan malam raya dengan takbir, solat-solat sunat seperti solat sunat tasbih... Kat Malaysia pun orang tak tidur juga sebab sibuk kemas rumah dengan buat biskut..

Kata Abah lagi; Besar pahala bagi orang yang berkorban... Saat jatuhnya titisan darah binatang korban itu dah dapat pahala, belum lagi dengan
memberi sedekah kepada fakir miskin.


Kata hati; tak raya dengan keluarga pun satu pengorbanan.. sebab mujahadah menuntut ilmu ALLAH.. MUJAHADAH itu PAHIT kerana SYURGA itu MANIS... =)

Buat semua sahabat sahibah ; marilah sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar... Salam AidilAdha..kullu am wa antum bikhair...

Kepada yang tengah berjuang untuk menduduki final exam...buat yang terbaik, jadi yang terbaik kerana belajar itu juga 1 ibadah...


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd...



Sunday, October 10, 2010

Pengharapan hanya padaMU...


Assalamualaikum...


Semoga setiap detik dan ketika kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA. Alhamdulillah, selesai sudah sesi penamaan calon, selesai juga malam manifesto dan akhirnya pengiraan undi.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...



Hakikat perjalanan sebuah kehidupan tiada siapa mampu menduga apa yang akan berlaku dalam diari kehidupan pada masa akan datang. Semua adalah ketentuanNya.


Buat senior-senior, sahabat-sahabat, adik-adik junior...;

Bukan kebanggaan yang dicari
Bukan kemasyhuran yang diimpi
Kerana diri ini
Masih lagi mencari
Dan terus mencari
Identiti diri..
Andainya ada silap
Tolong betulkan diri ini
Agar mendapat syurga yang hakiki..


P/S : Jika ini takdirMU, YA ALLAH.... =)




Sunday, October 3, 2010

Aturan ALLAH...


Tak terjangkau dalam fikiran semua ini akan terjadi.

Betul la, kita rasakan aturan kita yang terbaik tapi aturan ALLAH lebih baik dari segalanya..




Belum bersedia untuk semua ini. Masuk bertanding sebagai EXCO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, memang tak pernah terdetik walau sedikit pun.
Namun, inilah yang dikatakan kuasa Allah. Bukan senang nak jadi pemimpin.

Kata sahabat; man qola lailahaillah wahuwa daie
siapa yang mengucap dua kalimah syahadat maka terpikul dia tugas daie
tugas berat tapi itulah hakikat,berusahalah ke arah itu.

Cakap memang senang, sebabnya orang lain yang memikul..orang lain yang dipertanggungjawabkan..orang lain yang ditaklifkan..

Kata kawan; boleh! percayalah awak boleh..
mula-mula memang macam ni,
nanti secara automatiknya paradigma akan berubah..
insyaAllah,awak boleh!

Amanah ini berat. Nak kena jawab di akhirat kalau tak laksanakan.

Kata akak; teruskan kalau rasa diri kuat..
islam perlukan seorang wakil untuk meneruskan kegemilangannya..
yang penting kebergantungan pada ALLAH..

Allahuakbar! Tinggi sungguh harapan, yakin sungguh mereka...




Namun;
MAMPUKAH DIRI INI??
LAYAKKAH DIRI INI??
KUATKAH DIRI INI??


Beberapa hari lagi akan berlangsungnya manifesto..janji manis yang ditabur untuk meraih undi?? atau keberusahaan untuk mencapainya??

P/S: Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan yang lurus..Jalan yang Engkau redai.. Kuatkanlah aku untuk menghadapi mehnah-mehnah duniawi..



Kuat...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...setelah beberapa ketika mengharungi detik-detik yang menyesakkan mental.

Serius, memang sesak! Inilah kehidupan.
Kehidupan ini pahit dan perit, kerana dunia adalah ujian untuk hamba ALLAH.


22 Sept 2010...

Berjalan ke masjid untuk menghadiri kelas tahsin al-quran. Bila mana kaki melangkah masuk ke bilik kuliah masjid, phone bergetar...message masuk...
Aki dh xde.
22-Sept-2010
20:15:08

Ringkas SMS mak.. Tak dapat tahan, keluar jugak titisan air itu.
Kematian itu adalah hak, pasti dialami oleh seti
ap makhluk yang bernyawa.


Menyiapkan Engish Project memang menyakitkan! Faham jela bila tiada istilah KERJASAMA..
Terpaksa siapkan juga walaupun dengan keterpaksaan,kesebalan,kesarabutan,tensen...
apa-apa je yang sewaktu dengannya yang menunjukkan deritanya daku saat itu.


Kuatnya dugaan dan cabaran datang. Maka bertambah kuat jugalah mental & fizikalku untuk menghadapinya.. Alhamdulillah..

P/S: KEBERGANTUNGAN DENGAN ALLAH SETIAP DETIK DAN SAAT! =)





Tuesday, September 14, 2010

Kawin...kawin..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah...selesai sudah kenduri kesyukuran PUAN NAJWA SYAFIQAH dengan ENCIK SYAFIQ..
Yela lepas SINGLE..DOUBLE lak..pastu TRIPLE... and so on...hehhehe

Ni antara kelebihan raya tahun ni,majlis kawin kawan-kawan.. Kekurangan pun ada jugak.. Yang tu untuk entri lain la pulak eh??

Gambar ni masa sebelah pihak perempuan...
cantik gak kan tema camni?? Uppssss...

Yang ni pulak masa majlis sambut menantu...

Kenapa sorang???huhuhu Ni je yang mampu setelah beberapa ketika menunggu mempelai makan beradab..
Lagi pun kawan-kawan ENCIK SYAFIQ ramai sangat...walaupun daku pun kawan dia jugak..hahahah

Sebenarnya,daku keseganan... =P

Jadi,itu jela buat masa sekarang...
Have to finish up my project... *TENSEN2*

P/S: Giliran siapa pula lepas ni????



Sunday, September 12, 2010

Alfu Mabruk... =)


Salam Eidul Fitri buat semua...
Alhamdulillah...sampai sudah hari kemenangan buat insan-insan yang bertaqwa.

Asal raya je ada jemputan kawin...asal kawin je hari raya...huhuhu =P
Alhamdulillah..12 September ni 2orang kenalan satu sekolah akan menamatkan zaman bujangnya..
Salah seorangnya sahabat 1 batch...yang paling awal antara kami yang akan memegang title PUAN..

Sempat text dia...aduhai,boleh pulak dia tanya; "AWAL SANGAT KE AKU NI??"
Ntahla...no komen,tak tau teman camne nak menjawabnye.. =)
Kedua-dua mempelai ni daku kenal..membe gaduh mase muda2 dulu...
*Dah tua ke??hahaha



~Ni kad jemputan beliau...~


~Wajah Pengantin Perempuan...~


Gambar mempelai lelaki a.k.a Syafiq tak sempat nak dipertontonkan...sebab lupa nak selongkar...hahhah Dapat tunjuk kad jadila ek??
P/S: Wa, TAHNIAH...semoga kekal hingga ke syurga..

Nanti leh la jadi sifu kitorang... ~lalalalla~



Yang ni lak senior 1 sekolah...Kak Inoue a.k.a Nik Nor Amalina...
Ramai dah antara 1batch dia yang dah kawin..cuma bagi kitaorang still muda...hehehe



~Ni la tuannya...Bakal doktor..~


Eh,lupa pulak..yang kat atas tadi pun dua-dua bakal doktor... Alhamdulillah,penyambung generasi doktor..=P
P/S: Kak Inoue, jutaan tahniah daku ucapkan...



Wa, Syafiq, K.Inoue dan suami...Doa untuk kalian..

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma

Wa jama’a bainakuma fi khair



P/S: TAHNIAH2..Semoga menjadi isteri yang solehah,mithali...
Kalau sorang start yang lain akan ikut,betol ke??? =p



Sunday, September 5, 2010

Al-kisahnya...

Assalamualaikum...

Hamdalillah wa syukrulillah...Pejam celik pejam celik dah nak habis sebulan puasa...
Ya ALLAH, sempatkah lagi kita melalui Ramadhan yang akan datang??

Al-kisahnya bulan puasa tahun ni.. Biasalah hidup kat perantauan ni... Bila orang tempatan balik rumah,kita melopongla soran
g-sorang. Nak tunggu kita balik rumah???huhuhu Alamatnya tunggu cuti musim luruh nantila.. =P Yela,setahun sekali je balik..

Nak dijadikan cerita,diri ini pun melangkah balik ke satu kawasan yang nun jauh di hujung padang pasir ni.. Biasala nak jugak rasa bersahur, berbuka & bertarawikh kat tempat orang.. Malam 1st tu,ok lagi...bertarawikh dengan tenang dan bahagia..
Hari kedua, malam tu..orang ramaila kat masjid sebabnya ada majlis penyampaian duit amenda ntah..sebelum tu,tak de makna la orang nak ramai... Selesai tarawikh...cari punya cari...tunggu punya tunggu...memang tak de...


ALAHAI,KASUT AKU MANA????????????

Hati dah panas dah..cakap kat akak.. Macam mana nak balik ni?? Kat situ ade la selipar tandas yang ditinggalkan memang khusus untuk diriku... Pusing kat belakang masjid tempat orang moreh..Usya semua kaki-kaki yang ade kat situ..Kot-kotla salah pakai... Think +ve lagi.. Memang tak de..

Alahai menyirapnye rasa... Ala,bukan ape..
Cuba fikir bulan puasa buat kerja macam tu, pastu yang tak tahan...Kasutku tu getah
je kot.. GETAH.. Bukan jenama buaya,siput..apatah lagi adidas,nike...



*bukan semahal jenama ini..


*bukan juga sefamous kasut ini..




*apa lagi secomel & secute ini..

Kaki ku dahla macam alien panjangnye...ada jugak yang berkenan.. Sedih betol..mana taknya kasut tu beli kat kampung halaman.. Bonda bagi lagi..Mana nak jumpa kat sini... Balik tu sampai teringat-ingat kat kasut tu...huhuhu Nak buat macam mana dah takde rezeki...



P/S: Sesiapa yang terjumpa bolehla pulangkan balik... =P
Banyak-banyakkan muhasabah diri...=)





Thursday, August 26, 2010

Kepada beliau..


Assalamualaikum...


Ditujukan khas kepada beliau: Lokman Hakim Kamarudin
KE MANA ARAHNYA SELEPAS 20 TAHUN??






Ya ALLAH, Engkau muliakan dan sayangilah sahabatku ini.
Berkatilah dia dan keluarganya.
Sihatkanlah tubuh badannya, limpahkanlah rezeki kepadanya.
Panjangkanlah usianya.
Jauhkanlah dirinya dari segala fitnah dan bencana.
Suburkanlah benih-benih keimanan dalam dirinya.
Makbulkanlah cita-citanya.
Peliharalah dirinya dengan rahmat dan kasih sayangMu...
Amin...


Learn from yesterday, live for today, and hope for tomorrow..
ALL THE BEST, DO THE BEST, BE THE BEST...=)


P/S: Orang dah bagi kek ni (siap leh simpan untuk berbuka lagi), jangan nak telan meggi je...=P



Sunday, August 22, 2010

Setelah 9 hari..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita sama-sama meneruskan puasa di bulan Ramadhan ini..(ayat cam pengerusi majlis lak)

Hidup kat perantauan ni macam-macam dugannya. Ada pahit ada manis…Jadi semuanya masam-masam manis..hahaha Macam masakan je..

Alhamdulillah,tahun ni masih lagi mampu bertahan berbuka, bersahur, bertarawikh & berqiam tanpa keluarga..Biasanya rutin kat rumah bulan-bulan puasa ni memang tak leh lepas kebab sebagai juadah buka puasa. Jadi, setelah 8 hari berpuasa, akhirnya hari ke 9 ni baru dapat makan makanan itu..heheh Memang dah lama kempunan..tahap ibu-ibu mengandung mengidam je rasanya. Cuba tengok gambar…





Ehm…sedapnya! Orang bagi free lagi sedap. =P lalalalala~
Ni pun memang ada orang bagi,bukannya beli sendiri..hehehe
Nak harap nampak muka ni kat bazaar?? Mintak maafla…Nak bersesak-sesak..Memang migraine.


Susah betul nak dapat kebab roti selain kat rumah.. Kalau ada pun,roti john.. Paling banyak semua roti pita. Bukan tak suka,cuma tak
kenyang.

Eh2,banyak pulak membebel pasal makanan ni..



Sebenarnya nak cakap pasal kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa.


1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.
2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun”
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)



P/S: Syukran Jazilan kepada yang sudi belanja diri ini... Kalau awak nak belanja hari-hari pun boleh...=)
JOM BERAMAL!



Tuesday, August 10, 2010

Jom Lumba Tambah Pahala..


Assalamualaikum..

Syaaban bakal menutup tirai. Ramadhan datang melambai-lambai..



Ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia.



Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadhan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam kehidupan yang penuh pengorbanan ini.




Jadi, jangan terleka. Peluklah dengan penuh
kecintaan – setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah – Ramadhan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.



Andai ini ramadhan yang terakhir untuk kita, maka kita yang perlu manfaatkannya.




HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...





Tinggal beberapa jam lagi kita akan dihadiri oleh bulan rahmat, keampunan dan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.
Bulan yang kita semua nanti-nantikan..
Setiap mukmin pastinya bergembira dengan ketibaan bulan ini kerana pelbagai kelebihan dan keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Khabar gembira bagi orang mukmin
Dengan ketibaan bulan agung ini, Rasulullah saw selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat r.a. dengan sabdanya:


“Telah datang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Allah mewajibkan kamu berpuasa padanya, pintu-pintu surga di buka pada bulan itu, pintu-pintu neraka di tutup, dan para syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat malam (kemuliaan/lailatul qadr) yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang (untuk mendapatkan) kebaikan malam itu maka sungguh dia telah terhalang (dari keutamaan yang agung)”Imam Ahmad Nasaie




Keutamaan Ramadan dan Puasa

1. Bulan al-Quran diturunkan

Allah berfirman:”Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur`an” [Al-Baqarah : 185].


2. Terdapat malam lebih baik dari seribu bulan

Allah Ta’ala berfirman :
”Malam Qadr lebih baik dari seribu bulan” [ al-Qadr :3].

3. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah S.A.W bersabda :

”Apabila Ramadan telah tiba, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu jahannam
ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu.”

Di dalam riwayat lain :
”Apabila Ramadan telah datang, pintu-pintu surga dibuka”.

Di dalam riwayat lain :
”Pintu-pintu rahmat dibuka”. [Muttafaq ’alaihi]

4. Ahli neraka dibebaskan setiap malam

Di dalam hadits riwayat Tirmizi :

”Berseru seorang penyeru: wahai orang yang menghendaki kebaikan lakukan dan laksanakanlah, wahai orang yang menghendaki keburukan kurangilah. Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka dan hal ini terjadi setiap malam sampai berakhirnya Ramadhan.” [dihasankan oleh al-Albani].



5. Ganjaran pahala dilipatgandakan

Rasulullah S.A.W bersabda :

”Setiap amal bani Adam dilipatgandakan, kebaikan diganjar sepuluh kali lipat yang sepadan dengannya hingga sampai 700 kali ganda, bahkan hingga sampai kepada apa yang Allah SWT kehendaki. Allah SWT berfirman : kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan syahwat dan makannya hanya kerana Aku. [Muttafaq ’alaihi]


6. Masuk syurga melalui pintu rayyan

Rasulullah S.A.W bersabda :

”Sesungguhnya di dalam surga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk darinya pada hari kiamat, dan tidak ada seorangpun selain mereka yang dapat memasukinya. Apabila mereka telah memasukinya pintu tersebut ditutup,maka dan tidak ada lagi seorangpun yang dapat memasukinya.” [Muttafaq ’alaihi].

7. Diampunkan dosa

Rasulullah S.A.W bersabda :

”Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ihtisab (mengharap
balasan dari Allah SWT) maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Muttafaq ’alaihi].

Rasulullah S.A.w bersabda :

”...antara solat lima waktu, antara Jum’at yang satu ke Jum’at yang lain dan antara
Ramadhan yang satu ke Ramadhan yang lain, terdapat kafarat (penghapus dosa)
diantaranya, selama dosa-dosa besar dijauhi.”[Imam Muslim].

8. Dimasukkan ke syurga

Dari Abi Umamah beliau berkata : Aku mendatangi Rasulullah S.A.W dan aku berkata : ”Tunjukkan padaku amalan yang dapat memasukkanku ke syurga.” Beliau menjawab :”berpuasalah kerana tidak ada yang sepadan dengannya.” Kemudian aku mendatangi beliau kedua kalinya, beliau tetap berkata : ”Berpuasalah”. [Shahih,Imam Ahmad].

9. Dijauhkan dari neraka

Rasulullah S.A.W bersabda :

”Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah SWT, melainkan Allah SWT jauhkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh kharif (jarak perjalanan).” [HR Muslim].

10. Mendapat dua kegembiraan dan bau mulut lebih harum dari kasturi

Rasulullah S.A.W bersabda :

Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan tatkala ia berbuka dan kegembiraan tatkala ia bertemu dengan Rabb-nya. Sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah SWT dibandingkan harumnya kasturi.” [muttafaq ’alaihi].

Inilah kelebihan yang ALLAH janjikan...


P/S: Marilah kita sama-sama memperbaharui taubat kita... =)


Sunday, August 8, 2010

Program oh program..



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sehingga ke saat ini,kita masih lagi mampu menyedut udara sekalipun di bawah sedar.

Syukur alhamdulillah,hari ini ana diberi kesempatan untuk meng'up-date'kan blog ni..Dekat sebulan lebih terbiar...huhuhu

Bulan yang penuh dengan aktiviti,cabaran dan dugaan. Alhamdulillah sekali lagi syukur kerana ana telah berjaya melaluinya.

Dengan TOTnya, kemasukan adik-adik baru,program motivasi sana-sini,malam mahabbah palestin,program amali syar'ie sembelihan sehinggalah karnival sukan.

Kita tengok gambar jela...huhuhu



MALAM MAHABBAH PALESTIN




* Perkongsian pengalaman oleh salah seorang aktivis Mavi Marmara; En. Nizam bin Awang..menarik minat siswa dan siswi serta masyarakat luar memenuhkan dewan utama..




* Gimik tergempak yang dijayakan oleh para pelakon yang hebat.. Betul-betul terasa seperti tawanan Israel.. Cuak2..=)




* Pelakon terbaik..En. Lee Rambo...=p Semua hadirin kena tawan.. Memang terbaik dari ladang...



PROGRAM AMALI SYAR'IE SEMBELIHAN





* Program Jabatan Syariah Dan Undang-undang.. Terima kasih kepada yang menjayakannya..




* Proses membuang bulu sebelum adakan BBQ.. Ayam yang disembelih oleh perempuan pun halal dimakan selagi cukup syarat..


KARNIVAL SUKAN



* Our Prince Frog... =) Khadra' terbaik!




* Antara pingat-pingat yang berjaya kami kutip..




* Berjaya sebagai COACH yang baik.. Skuad badminton Khadra' bawa balik piala..hehehe


P/S: Jalan juang itu panjang dan ia tak semudah makan ABC..