CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2009

Allahuakbar...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Kita masih lagi bernafas..
Masih lg diberi nikmat IMAN dan ISLAM...
Alhamdulillah jugak,ana kembali diberi peluang utk terus dalam arena ini...
Hanya update ringkas.. Kesempatan yang ada... Setelah begitu byk rintangan & halangan serta kekangan selama beberapa minggu ni...



Kesempatan ini,ana nk berkongsi tentang KAEDAH MENGENAL ALLAH.. Sempena tahun baru Hijrah ni...sama2la kita mendekatkan diri kepadaNYA.. Bagaimana cara kita utk mengenal ALLAH?? Berteraskan Al-quran, ALLAH membimbing kita bg mengenalinya dgn usaha-usaha berikut..
  1. Memohon kepada ALLAH
  2. Tidak sombong
  3. Gemar menuntut ilmu
  4. Amalkan ilmu


P/S: Realisasikan cinta dan rindu kepadanya dgn cara membuat apa yang dia sukai walaupun diri tidak menyukainya. Dan tinggalkan segala apa yang ALLAH benci, walaupun dirimu begitu menyukainya... =)





Friday, December 11, 2009

24 Zulhijjah...

Assalamualaikum...
Hari ni dh 24 Zulhijjah...Alhamdulillah..dh bertambah lg usiaku... InsyaAllah betul kalau diikutkan kiraan dlm bln ISLAM.. Sedikit post ringkas sebelum kaki terus melangkah... Nk share kisah Saiyidina Ali Bin Ali Talib..

Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni.

Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.

Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.

Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.



P/S: Utk sahabat2,doakan ana thabat dgn mutabaah amal.. thabat dgn ajaran2 islam... thabat dgn ilmu2 islam.. dan thabat dgn segala-galanya... sedarkan ana jika ana lalai.. peringtkan ana dgn kematian.. sesungguhnya dgn pertambahan umur menandakan tnda hampir dgn hari yang dijanjikan.. tanda peringatan dr Tuhan... hakikatnya usia semakin berkurang..kembali ke pangkal jalan..


Wednesday, December 9, 2009

Khalwat..




Assalamualaikum...

Sbg kesinambungan daripada post di bwh,(ye ke? huhu) ana nk tulis tentang muda mudi skg ni. Biasala muda mudi skg xlari drpd 'perkapalan'...(sape phm?? kite GENG! (^.~) )
Telah menjadi adat yg perlu dilalui oleh golongan muda, iaitu ber'couple'. Sesetgh org panggil 'bertenet',sesetghnya 'dating', setghnya bak kata ckgu2 ana kt kolej dulu 'perkapalan'.
Namun,xsorang pn menamakan sbg BERDUA-DUAAN,BERKHALWAT,SAYA NK KELUAR JAP NK BUAT MAKSIAT DGN AWEK @ PAKWE SAYA, SAYA NK BERZINA DGN PASANGAN SAYA..(opps,to all readers dont misunderstanding ya? ZINA
MATA,ZINA HATI,ZINA TGN,ZINA KAKI, & yg sama wktu dgnnya)

Dah jd kebiasaan pn,kalau kita tgk bkn setakat tmn bunga,mall2,kdai mamak malah di dlm library pn bersepah2 pasangan2 umat ISLAM (melayu) yg sdg berpegang2 tgn, malah lebih sedih berpeluk-pelukan tnpa ingat atau khauf (takut) kpd ALLAH akn 'perbuatan haram' mereka yg melampau itu.

Lebih sedih lg,yg buat maksiat 2 pulak org yg bertudung. Ramai pulak yg bertudung kalau nk dibilang2. Apatah lagi yg xpkai tudung.
Bangsa Melayu dah salah konsep tntg mengenali @ bercinta dahulu baru nikah. Kalau xkeluar sama2 xboleh kenal ke pasangan yg bakal jd isteri @ suami kita?
Adakah utk mengenali bakal pasangan kita nnt @ lebih sesuai dikatakan;
adakah utk menuju ke arah kebaikan (perkahwinan) perlu mmbuat perkara HARAM dulu?
Adakah perlu berdua-duaan ke kdai mkn, menonton wayang bersama, study bersama2 kt maktabah perlu dilakukan supaya bila nikah nnt rumahtngga selamat?

Cinta sblm kawin xsalah & bercinta slps kawin pn xde slhnya (mcm mna 2?)
Tapi yg jd masalahnya bt perkara HARAM sblm kawin. Kita kena fikir,mengapa ALLAH berfirman: 'Janganlah kamu mendekati zina...' bknnya 'jgnlah kamu berzina..' (mendekati pn dh sah2 dilarang). Ini sbg arahan ALLAH kpd hamba2Nya.


Bg kita yg kaum HAWA ni patut buka minda dan pemikiran dgn IMAN.
Jika mereka mengenali seseorg jejaka yg dicintainya & diajak utk keluar bersama, kaum HAWA ni menganggap lelaki 2 dh suka kt dia.
Pe kata kita ubah sikit; 'Belum kawin pn dia dh ajak bt dosa,ni kn pulak lps kawin.' Adakah si lelaki td dpt membimbing utk menuju ke Syurga??

ALLAH berkati ke perkahwinan 2 kalau lps seronok ber'couple' baru nk lamar utk berkawin sdgkn mereka xprnh insaf dgn perbuatan sblm kawin?

Jika kita sdg ber'couple' cubalah ingt ALLAH.
Jgn sbb dosa kita
doa ulama2 kita xdimakbulkan sbb ulama 2 terlupa tegur kita..
Jgn sbb dosa kita
ISLAM dihina,msyarakat ISLAM dilihat spt sampah..
Bangsa lain pn akan anggap yg org ISLAM pn perangai sama je ngn org bkn ISLAM. Jgnlah kerana perbuatan ini akan menyebabkn kehancuran ISLAM di negara kita sndiri.Fikir2knlah..


P/S: Peringantan utk diri yg hina ini jugak...
USAHLAH BIMBANG JIKA DIRI ANDA TDK DIHARGAI,
TAPI BIMBANGLAH JIKA DIRI ANDA TDK BERHARGA LAGI...=)


Monday, December 7, 2009

Melarikan diri daripada wali...

*sekadar gambar hiasan*



Assalamualaikum…

Dah lama ana xsentuh tentang dunia kepeguaman kn??

InsyaAllah untuk post kali ini,ana akan berkongsi sedikit sebanyak tentang ini.


Rasional sgt penting dlm bercinta. Persoalan emosi hendaklah diletakkan pada tangga yg kedua. Pertimbangan hanya menggunakan emosi akan menatijahkan kesan buruk dalam hidup kita untuk satu tempoh yang agak panjang. (Jgn risau ayat ni ana cedok kt buku…=p)


Ada antara gadis2 yang mudah termakan pujukan dan menerima ajakan orang yang dikasihinya supaya cepat2 bernikah. (Ada baik,ada buruknya) Apabila ada halangan daripada keluarga si gadis tanpa berfikir panjang,gadis tersebut terus mengikut lelaki itu untuk “sehidup semati”..

Se idop se mati… (T_T) *Nauzubillah…


Pilihan popoular ialah lari ke Selatan Thai,tp yg makin popular skg LOMBOK la kn…

Bunyi mcm romantic sekali, (macam je kawan2) tetapi kesannya amat buruk, terutamanya kpd kita gadis2.


Kita tgk rukun nikah dulu ye…

1.Suami

2.Isteri

3.Wali

4.Saksi

5.Lafaz ijab qabul (sighah)


Secara ringkasnya,kesan kawin lari adalah seperti berikut;

1. Bernikah dengan sindiket tanpa tauliah mengakibatkan perkahwinan itu tidak dpt disahkan di mana2 Mahkamah Syariah di Malaysia

2. Sekalipun perkahwinan itu sah,pasangan hendaklah segera mendaftarkan perkahwinan di Malaysia dlm tempoh enam bulan setelah kembali ke tanah air (mcm jauh je bnyi)

3. Kegagalan utk mendaftarkan perkahwinan itu;

- Sijil nikah Malaysia tdk dpt dikeluarkan

-Anak2 sukar didaftarkan

-Penceraian sukar dipohon

-Mewujudkan generasi yg pincang (xsure ttg mak ayah yg sah)



Ok,skg kita tgk pe yg perlu dilakukan sekiranya ibu bapa gadis itu enggan menjadi wali ataupun tdk bersetuju dgn pilihan gadis tersebut;

a) Gadis tersebut perlulah membuat permohonan wali ingkar di Mahkamah Syariah.

b) Gadis dan walinya (biasanya bapa, datuk atau abang) akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

c) Mahkamah akan menimbangkan sama ada permohonan gadis itu ataupun alasan wali itu wajar.

d) Sekiranya alasan wali tidak wajar,maka mahkamah boleh meluluskan gadis itu berkahwin dengan menggunakan wali hakim. Jadi pernikahan boleh dilangsungkan di Malaysia.

e) Sekiranya alasan wali wajar, mahkamah tidak akan meluluskan permohonan gadis tersebut . Nyata bahawa alasan wali lebih kukuh dan jelas bakal suami gadis tersebut tidak layak untuk mengahwini anak gadisnya.



P/S: Mudahkan jangan susahkan..

Jangan sia2kn hidup anda semata2 krn C.I.N.T.A.. Ingat!! =)






Wallahua’alam..

Sunday, December 6, 2009

Asiif...Bukan itu ana maksudkan...

Assalamualaikum...

Tiada niat langsung di hati ana utk menimbulkan Su' Zhon di kalangan pembaca..
Dan post di bwh pn,bukanlah hnya pransangka ana semata2..
Maafkan ana,jika ada diantara pembaca2 post di bawah Su' Zhon dgn hafiz/hafizah..
Ana cuma perlukan pndpt knpe ank2 skg jd cm2 (sedangkan mereka lebih terpelihara berbanding anak2 yg lain) dan ana nk dgn post ni kita sama2 menyelamatkan mereka...
selamatkan ank2 ISLAM,yg bakal memimpin dunia...
Cuba bygkan,jika realiti ini mmg berlaku kpd semua...apa nasib kita di akhirat kelak??
Oleh itu,marilah kita sama2 kukuhkan iman kita,kuatkan aqidah kita...

Utk semua...syukran jazilan.....
atas komen yg membina,atas perkongsian ilmu antum,atas segala-galanya...
Kt sini,ana bkn menuding jari terhadap sesiapa...Ana cuma mahukan pendapat...
Ini hanya terjadi kepada sebahagian sahabat ana,mugkin tdk bg hamlatul quran di luar sana... Dan tambahan utk semua,walaupun ana masih lg anak2 higusan,teman2 yg ana ceritakan itu sudah berusia 23 tahun dan ke atas..sama2la kita fikirkan..


Waalahua'lam..







-Biar mati dicincang,meninggalkan ISLAM tidak sama sekali...-
Allahuakbar....



Saturday, December 5, 2009

REALITI??

Assalamualaikum….
Kali ni,mmg ana nk luahkan ketidakpuasan hati ana. Sebenarnya masalah ni dah lama terbuku di hati. Kat sini,niat hati ana bkn nk aibkan sapa2…..tp perkara ini mmg terjadi dalam kalangan teman2 ana. Serius,ana sebenarnya xphm dgn situasi yg berlaku. Mungkin ana akan dikecam sbb keluarkn entri ini. Tp,ana nk dgr penjelasan shbt2.Apa yg ana ceritakan kat bwh ni adalah pengalaman yg benar2 berlaku. Jd,ana harap sgt sahabat2 ana kat sini boleh jelaskan kepada ana…


Semasa di sekolah tahfiz = Sebelum jadi hafiz/hafizah

- Couple : HARAM
Haram 2 berdosala,muqadimah zina
- Dating : HARAM gak
Berdua,akan ada setan,nak jadi z
ina
- Fitnah : mne boleh,berdosa
Dosa die cam bunuh orang
- Message ngn muslimin/muslimat : Nnt de perasaan pulak
Ramai lg member2 perempuan/laki
- Ckp ngn muslimat/muslimin : FITNAH
Muslimat adalah finah paling bes
ar bg kita/nnt timbul fitnah pulak
- Hisap rokok : HARAM
Memudaratkan diri sendiri
- Tinggal solat : BERDOSA
Solatkan tiang agama
- Menipu : BERDOSA

Xdpt pahala pn tipu ni
- CD/Video2/Gmbr2 lucah : ZINA MATA




Selepas tamat sekolah = Dah bergelar hafiz/hafizah

- Couple
Lumrah manusia (semua org de perasaan) *amboi dh pndai

- Dating

Ktorg keluar beli brg sama2 je,salah ke???
Org ramai kot
- Mandi manda bersama pasangan di air terjun
Bkn berdua,ade teman kn???
- Fitnah
Jnji aku leh naikkn nama aku,peduli pe aku
- Message ngn muslimin/m
uslimat
Bila lg nk kenal2…xsalah rapatkan ukhuwah kn???-konon! (msg mengalahkan pasangan yang sah taraf-dah kawin)
- Ckp ngn muslimat/muslimin
Tny khabar pn salah ke?? Xkn nk ckp ngn dinding kot??
- Hisap rokok
Bukan byk pun,nk hilangka
n stress je
- Tinggal solat : Penat bai
Aku tertido,nnt aku gantila balik
- Menipu
Ala tipu sunat je,bukan selalu pn…
- CD/Video/Gmbr2 lucah
Bkn selalu tgk,sekali sekala je

- Bonceng moto bersama pasangan
Sekali je…(Sekali je yg mengaku)
- Setiap kali solat jumaat-terbongkang kt atas katil
Penat bai,ko jgn byk bnyila…(xpn
bt bodoh)



Disebabkan benda ni dah melampau mengasak-ngasak kepala ana ni,ana memberanikan diri untuk bertanya kepada yang lebih berusia.
Awk xyah pelikla,kami bt semua ni pn sbb rasa bebas..
Maklum jela,sblm ni xpnh bt. Nk gak rasa pe member2 lain bt.

Ni jwpn salah seorg drpd budak2 hafiz…sebab jd imam pe sume kn,kite panggil la ustaz,kn3??? Leh terima ke???
Beliau turut mengatakan…. Awk tau x,ktorg ni kira ALLAH masih ‘meredaila’ ilmuNya itu….

Ana tny,mcm 2 ke??

Dia jwb; ktorg masih lg berkopiah,solat kt masjid berjemaah……
Dlm hati ana,(hmm,solat kt masjid tp solat xpnh ckup,ALLAH reda ke?? Mungkin solat jemaah sbb nk cover yg tinggal??-panas hati gak dpt jwpn cmni)

Yang hafizah lak,bila tny knpa xsolat dijawapnya ana uzur…mak aii,bpak lma.. xkn darah haid ngn istihadhah pn xreti beza…kate hafizah?? Ilmu ttg 2 mesti dh tau kn??


Hmm,ayat2 xbpe enak nk dgr pn dh jd cm tasbih kt mulut..
-SIAL la ko ni…
-SETAN,ko pe hal??
-Perangai cam SIAL..
-BANGANG
-BANGSAT

-LAKHANAT
*bahasa ni mmg ana xtukar..inilah bhasa2 yg sntiasa di gunakan...

Perkataan2 kt atas ni mmg selalu sgt ana dgr dan ada di antara perkataan tersebut ana dapat atas kesalahan yang xdpt dielakkan. Terfikir gak ana,ni ke yg pelajar2 tahfiz bljr kt sekolah dlu?? Ni ke perkataan yg keluar drpd mulut pencinta2 ayat2 ALLAH?
Tlg ana…Ana mtk tlg sgt2 kt antum semua tlg jwb bg pihak mereka.Atau semua yg jd ni mmg benar2 berlaku kepada semua??? Asiif,ana hanya manusia biasa untuk menjwabnya.



Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."


Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)



Tuesday, December 1, 2009

Bertemu dan berpisah kerana ALLAH..



Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan



Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan



Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku

Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala



Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan



Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan



Titisan air mata menyubur cinta

Dan rindu pun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati

Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina



Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan



Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan



Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan




Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi




Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama Teman




P/S: Assalamualaikum..Buat sahabat2, xkirala siapa anda...(wlupun anda sahabat maya ana,xpernah bersua,xpernah berbicara =) ) doakan ana thabat dgn mutabaah amal..thabat dgn ajran2 islam...thabat dgn ilmu2 islam..dan thabat dgn segala-galanya...
sedarkan ana jika ana lalai..ingatkan ana dgn kematian..