CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 22, 2011

Perhimpunan..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih di beri peluang olehNYA meneruskan perjuangan di dunia sementara ini..
Sihat iman? Sihat amal?? Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik lagi..


Tahukah kita tentang "Yaumal-Hisab", "Yaumal-Mizan" atau Hari Perhitungan??

Akan diselidiki/ dihitung satu persatu amal perbuatan, kegiatan dan usaha selama hidup di atas dunia ini, baik mahupun buruk. Dan semuanya akan diperlakukan dengan adil dan tidak ada yang tersembunyi. Gentarkah hati anda?? Ingatlah JANJI ALLAH itu BENAR!

Ingatlah kita menghadiri satu perhimpunan besar di PADANG MAHSYAR. Iaitu selepas bangkit dan keluar dari kubur sebagaimana firman Allah;

"Ingatlah hari yang Kami akan mengumpulkan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga."
(Maryam ayat 85-86)

Beginikah keadaan kita di perhimpunan itu?



atau ini?




Perhimpunan di hari ini adalah di mana menunggu keputusan Allah terhadap manusia. Keadaan manusia (kita semua) pada hari itu samalah dengan keadaan kita semasa keluar perut ibu; berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan.

Masih mahu BERMEGAH dengan KEMEWAHAN anda?? Kasut syto? Baju branded?

Namun demikian ada golongan manusia yang berada di bawah naungan Allah sebagaiman yang diterangkan Rasulullah SAW;
Maksudnya:
"Tujuh golongan manusia, ALLAH naungi mereka di bawah naungan pada Hari Kiamat yang mana pada hari tu tidak ada sebarang naungan kecuali naungan ALLAH."

Mereka ialah:

  1. Imam (ketua pemerintah yang adil)
  2. Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid
  4. Dua orang lelaki yang berkasihan kerana Allah, berhimpun kerana Allah dan berpisah di antara keduanya juga kerana Allah
  5. Lelaki yang diminta (melakukan perbuatan zina) oleh perempuan yang berpangkat dan cantik, lalu dia berkata; "SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH.
  6. Lelaki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekah itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kanannya apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya.
  7. Lelaki yang berzikir (mengingati Allah) dalam keadaan seorang diri sehingga mengalir air matanya.

Mampukah kita menerima naungan daripadaNYA??

P/S: Tahun sentiasa berubah, umur kian meningkat, adakah amal juga begitu??

Saturday, January 1, 2011

Kesederhaan..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih mampu menyedut udaraMU ya ALLAH..
Semoga setiap detik dan saat kita semua dibawah lindunganNYA..

Sekadar perkongsian, pesanan dan peringatan di tahun baru buat diri ini dan juga buat semua.
Kisah seorang khalifah bukan sahaja adil, bijaksana malah amanah. Beliau ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Atas keperibadian yang mulia tidak hairanlah di masa pimpinan beliau, umat Islam hidup makmur dan sejahtera.

Ketika beliau sedang sibuk menguruskan hal pemerintahan yang belum selesai, satu ketukan di ruang kerjanya kedengaran. Setelah pintu dibuka, kelihatan anaknya berdiri di muka pintu. Kehadiran si anak tadi hanyalah bermaksud membicarakan tentang urusan keluarga.

Khalifah Umar terus meniup lampu minyak yang menerangi mejanya. Sudah tentu bilik tadi menjadi gelap. Si anak merasa hairan dengan perbuatan ayahnya tadi.











"Ayah mengapa lampu tadi dipadamkan?"

"Begini anakku, lampu minyak ini milik negara malah menggunakan minyak negara pula. Oleh kerana itu, harus dimanfaatkan untuk kepentingan negara. Tadi, ayah sedang menguruskan urusan negara dan ayah menyalakan lampu. Sementara itu, kamu datang untuk membicarakan perihal keluarga, bukan urusan negara. Jadi, lampu ini ayah padamkan."

Kemudian, khalifah memanggil pembantunya untuk dibawakan lampu dari ruang tidur. Setelah itu, lampu dinyalakan.

"Sekarang, ruangan ini sudah terang. Ini lampu milik keluarga kita dan menggunakan minyak yang dibeli dengan wang kita sendiri."

Itulah dia Khalifah Umar yang amanah. Lampu dan minyak sudah membuktikan hal tersebut.Kesederhanaan dalam menjalani kehidupan.
Bagaimana dengan kita???

Sekadar jadi ketua kelas sudah mendabik dada, mempergunakan kuasa sesuka hati. Sama-samalah kita renungkan.

P/S: Ilmu adalah pendamping di masa sendirian, kawan di kala keterasingan, pengiring di kala sepi, penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati..


Friday, December 31, 2010

Kembara...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur dengan nikmatNYA..
Semoga kita semua sihat iman, sihat amal, dan sihat jasad... InsyaAllah...

Terlalu lama diri ini mengembara...mengembara mencari erti hidup, mengembara memahami maksud pengharapan padaNYA, mengembara mendalami maksud kekuatan, keyakinan dan kesabaran, mengembara untuk menguatkan jiwa...

Kini baru ku sedar kehidupan meniti jambatan ke akhirat juga bukan mudah.. Terlalu banyak dengan mehnah.. Tapi ingatlah sesungguhnya SYURGA itu INDAH bukan?? Allah itu As-Sami' (YANG MAHA MENDENGAR)..teman setia di kala gembira, pendengar setia di kala kesusahan & kegundahan.. ALLAHUAKBAR...


Kenapa manusia secara khususnya umat Islam sekarang lebih suka menetapkan azam bila mana menginjaknya ke tahun baru??



Akhir bulan 12 je, sana sini sibuk menceritakan tentang azam masing-masing, sibuk bertanya azam baru sahabat-sahabat.. Kenapa tidak pada 1 Muharram??










" Wahai manusia! Hari demi hari usiamu berkurang tanpa kamu sedari. Setiap hari AKU datangkan rezeki kepadamu tetapi kamu tidak memujiKU. Dengan pemberian yang banyak, kamu tidak pernah merasa puas."

"Wahai manusia! Setiap hari AKU mendatangkan rezeki untukmu. Namun setiap malam malaikat datang kepadaku membawa catatan perbuatan burukmu. Engkau makan dengan lahap rezekiKU, namun engaku tidak segan-segan berbuat derhaka kepadaKU."

"AKU kabulkan ketika engkau berdoa kepadaKU. KebaikanKU tidak putus-putus mengalir untukmu. Namun catatan keburukan amalmu kepadaKU tiada hentinya."


P/S: Panduan tahun baru.Berusahalah untuk berubah! AKU MENANGIS....


Saturday, November 20, 2010

Laksamana Cheng Ho..

Assalamualaikum...
Buat semua...post kali ini adalah bertujuan untuk promosi je...huhuhu
Kepada sesiapa yang berminat anda semua dijemput datang...


MASUK ADALAH PERCUMA




wah,memang betul-betul promote...
Sesiapa yang tak pernah jejakkan kaki kat Kelantan, bolehla sila-sila... =)

Kali ini, biar gambar yang berbicara...

* Sila klik untuk tumbesaran serta merta


P/S: Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu kita berjaya merempuhi samudera yang luas… ~TGNA~



Wednesday, November 17, 2010

Eid Mubarak!!


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd..


Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Aku mendengar Rasulullah berkhutbah, sabda baginda: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

Tidak makan sehingga selesai solat Eidul Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw kelu
ar untuk solat eidul fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada eidul adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )



Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM, melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL... Di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN..

Sebak hati ini bila mana mendengar suara serak abah memuja dan memuji ALLAH dengan takbir...

Allahuakbar, macam mana nak raya jauh?? Macam mana kalau tak balik kampung?? (T_T)


Kata Abah; banyak pahala bagi sesiapa yang menghidupkan malam raya... Kalau kat Mekah orang tak tidur sebab menghidupkan malam raya dengan takbir, solat-solat sunat seperti solat sunat tasbih... Kat Malaysia pun orang tak tidur juga sebab sibuk kemas rumah dengan buat biskut..

Kata Abah lagi; Besar pahala bagi orang yang berkorban... Saat jatuhnya titisan darah binatang korban itu dah dapat pahala, belum lagi dengan
memberi sedekah kepada fakir miskin.


Kata hati; tak raya dengan keluarga pun satu pengorbanan.. sebab mujahadah menuntut ilmu ALLAH.. MUJAHADAH itu PAHIT kerana SYURGA itu MANIS... =)

Buat semua sahabat sahibah ; marilah sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar... Salam AidilAdha..kullu am wa antum bikhair...

Kepada yang tengah berjuang untuk menduduki final exam...buat yang terbaik, jadi yang terbaik kerana belajar itu juga 1 ibadah...


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd...



Sunday, October 10, 2010

Pengharapan hanya padaMU...


Assalamualaikum...


Semoga setiap detik dan ketika kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA. Alhamdulillah, selesai sudah sesi penamaan calon, selesai juga malam manifesto dan akhirnya pengiraan undi.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...



Hakikat perjalanan sebuah kehidupan tiada siapa mampu menduga apa yang akan berlaku dalam diari kehidupan pada masa akan datang. Semua adalah ketentuanNya.


Buat senior-senior, sahabat-sahabat, adik-adik junior...;

Bukan kebanggaan yang dicari
Bukan kemasyhuran yang diimpi
Kerana diri ini
Masih lagi mencari
Dan terus mencari
Identiti diri..
Andainya ada silap
Tolong betulkan diri ini
Agar mendapat syurga yang hakiki..


P/S : Jika ini takdirMU, YA ALLAH.... =)




Sunday, October 3, 2010

Aturan ALLAH...


Tak terjangkau dalam fikiran semua ini akan terjadi.

Betul la, kita rasakan aturan kita yang terbaik tapi aturan ALLAH lebih baik dari segalanya..




Belum bersedia untuk semua ini. Masuk bertanding sebagai EXCO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, memang tak pernah terdetik walau sedikit pun.
Namun, inilah yang dikatakan kuasa Allah. Bukan senang nak jadi pemimpin.

Kata sahabat; man qola lailahaillah wahuwa daie
siapa yang mengucap dua kalimah syahadat maka terpikul dia tugas daie
tugas berat tapi itulah hakikat,berusahalah ke arah itu.

Cakap memang senang, sebabnya orang lain yang memikul..orang lain yang dipertanggungjawabkan..orang lain yang ditaklifkan..

Kata kawan; boleh! percayalah awak boleh..
mula-mula memang macam ni,
nanti secara automatiknya paradigma akan berubah..
insyaAllah,awak boleh!

Amanah ini berat. Nak kena jawab di akhirat kalau tak laksanakan.

Kata akak; teruskan kalau rasa diri kuat..
islam perlukan seorang wakil untuk meneruskan kegemilangannya..
yang penting kebergantungan pada ALLAH..

Allahuakbar! Tinggi sungguh harapan, yakin sungguh mereka...




Namun;
MAMPUKAH DIRI INI??
LAYAKKAH DIRI INI??
KUATKAH DIRI INI??


Beberapa hari lagi akan berlangsungnya manifesto..janji manis yang ditabur untuk meraih undi?? atau keberusahaan untuk mencapainya??

P/S: Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan yang lurus..Jalan yang Engkau redai.. Kuatkanlah aku untuk menghadapi mehnah-mehnah duniawi..