CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 1, 2011

Kesederhaan..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih mampu menyedut udaraMU ya ALLAH..
Semoga setiap detik dan saat kita semua dibawah lindunganNYA..

Sekadar perkongsian, pesanan dan peringatan di tahun baru buat diri ini dan juga buat semua.
Kisah seorang khalifah bukan sahaja adil, bijaksana malah amanah. Beliau ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Atas keperibadian yang mulia tidak hairanlah di masa pimpinan beliau, umat Islam hidup makmur dan sejahtera.

Ketika beliau sedang sibuk menguruskan hal pemerintahan yang belum selesai, satu ketukan di ruang kerjanya kedengaran. Setelah pintu dibuka, kelihatan anaknya berdiri di muka pintu. Kehadiran si anak tadi hanyalah bermaksud membicarakan tentang urusan keluarga.

Khalifah Umar terus meniup lampu minyak yang menerangi mejanya. Sudah tentu bilik tadi menjadi gelap. Si anak merasa hairan dengan perbuatan ayahnya tadi.











"Ayah mengapa lampu tadi dipadamkan?"

"Begini anakku, lampu minyak ini milik negara malah menggunakan minyak negara pula. Oleh kerana itu, harus dimanfaatkan untuk kepentingan negara. Tadi, ayah sedang menguruskan urusan negara dan ayah menyalakan lampu. Sementara itu, kamu datang untuk membicarakan perihal keluarga, bukan urusan negara. Jadi, lampu ini ayah padamkan."

Kemudian, khalifah memanggil pembantunya untuk dibawakan lampu dari ruang tidur. Setelah itu, lampu dinyalakan.

"Sekarang, ruangan ini sudah terang. Ini lampu milik keluarga kita dan menggunakan minyak yang dibeli dengan wang kita sendiri."

Itulah dia Khalifah Umar yang amanah. Lampu dan minyak sudah membuktikan hal tersebut.Kesederhanaan dalam menjalani kehidupan.
Bagaimana dengan kita???

Sekadar jadi ketua kelas sudah mendabik dada, mempergunakan kuasa sesuka hati. Sama-samalah kita renungkan.

P/S: Ilmu adalah pendamping di masa sendirian, kawan di kala keterasingan, pengiring di kala sepi, penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati..


3 comments:

el_Yahya said...

subhanallah,, sunggUh figur yang AManat.. PAtut diContoH.. Umar Bin AbdUl aziz, sesosok pemimpin yang didambakan Setiap BAngsa..

Anonymous said...

merindui khalifah islam...

Khalifah said...

Itulah yang dikatakan pemimpin yang terpilih..
Aturan dari ALLAH SWT..=)
Sama-samalah kita mencontohi keperibadian mereka dalam menjalani kehidupan ini.

Post a Comment