CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 22, 2010

Zikrullah Pengubat Hati

RAMAI ORANG BOLEH AMBIL MASA UNTUK CUCI MUKA, TAPI BERAPA RAMAI YANG AMBIL MASA UNTUK CUCI HATI??


Maksudnya : Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (ALI-IMRAN 191)


Berzikir ialah MENGINGATI ALLAH DENGAN HATI, LISAN DAN PERBUATAN..

Adab Berzikir
  • Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.
  • Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah.
  • Menggunakan suara hati yang perlahan.
  • Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting.

Hikmah Beradab Ketika Berzikir
  • Dikasihi Allah.
  • Mendapat ketenangan jiwa.
  • Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah.
  • Mendapat pahala.

Ruginya Tanpa Zikir
  • Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah.
  • Mudah dikuasai syaitan dan hawa nafsu.
  • Berada dalam kegelisahan.

Mulut kalau bab mengumpat bukan main lagi kan??
Mengata orang, tak payah cakapla...memang tak ingat dunia dah...

Bila marah, senang je keluar perkataan-perkataan kesat,langsung tak terbendung...

Pot pet pot pet benda lain boleh, nak zikir bukan main susah..
Faham lagu tu, faham lagu ni..senang je melekat... Nak faham zikir??? Jom renung bersama!

Ya ALLAH...Ya ALLAH...Ya ALLAH...
Semoga kami sentiasa berada dalam RAHMATMU..


P/S: SABAR itu memang PAHIT tapi hasilnya MANIS..=)



0 comments:

Post a Comment