CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 16, 2010

Fitnah dan Maksiat Mempengaruhi Hati

Assalamualaikum semua...
Sihat?? Hati macam mana?? Sakit??

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk,buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."-hadis Rasulullah s.a.w

Kesan perbuatan memfitnah dan maksiat menjejaskan maruah seseorang. Sekiranya mereka yang memfitnah atau yang melakukan maksiat,sudah tentulah dosanya lebih besar. Manakala orang yang difitnah menerima kesan pada hati.

Sabda Rasulullah s.a.w; "Fitnah-fitnah yang diserapkan ke dalam hati, kemudian hati yang meminumnya terbentuk titik hitam di dalamnya. Manakala mereka yang mengingkarinya terbentuk titik putih sehingga hati terbahagi kepada dua. Pertama, hati yang hitam kelam, yang tidak mengenal baik dan tidak mengingkari yang jahat, sementara hati yang putih, tidak termakan fitnah selama langit dan bumi masih ada."



Mengenai hati, para sahabat menjelaskan ada 4 jenis hati manusia. Menurut Abu Huzaifah al-Yaman iaitu;

  • Hati yang jernih, di mana di dalamnya ada lampu yang menerangi. Hati ini dimiliki oleh mereka yang beriman.
  • Hati yang gelap, iaitu hati orang kafir. Hati ini dimiliki oleh orang kafir.
  • Hati yang berkarat, iaitu hati yang dimiliki oleh orang yang hatinya tidak sama dengan apa yang diperkatakannya. Mereka adalah orang yang mengetahui tetapi mereka mengingkari.
  • Hati yang berisi iman dan munafik iaitu mereka yang berkata-kata tetapi berlainan dengan apa yang dikatakan, di mana kedua-duanya mempengaruhi satu sama lain.
Jadi yang mana satu hati kita??? Tepuk dada tanya iman.... =)
Waallahu 'alam...


P/S: "Sesiapa yang dihinakan ALLAH, ingatlah tidak ada seorang manusia pun yang akan memuliakannya." -Surah Al-Hajj ayat 18-


2 comments:

pendakwah_bebas said...

amat mendalam kata-kata enti..semoga ianya menjadi iktibar kepada masyarakt di luar sana..

Southfield Kitchen Renovations said...

Lovvely blog you have

Post a Comment