CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 3, 2010

2010..




Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam IMAN walu hari dipenuhi dugaan
dan
berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan..


Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambanyaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal utk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu..
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insan.....


P/S: Bersiap-siaplah menghadapi mati, sebelum ia benar-benar mendatangimu, dan memohonlah keampunan serta rahmat dari ALLAH.



Namimah..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita masih lg bernafas di tahun baru ini...
Moga segala yg kita bt utk tahun ini mendekatkan lg kita kepada YANG ESA.
Utk post kali ini,ana nk share sket tntg namimah @ fitnah..
Siapa yg penah kne fitnah????
~angkat tangan...~cam nmpk je...
Ana?? Alhamdulillah...selalu kne...
Knpe alhamdulillah???

Sbb dgn terjadinya fitnah ni,membuatkan ana makin kuat...
Makin kuat utk menjalani kehidupan,menghadapi cubaan,mendepani liku2 perjuangan...


"Fitnah ialah perbuatan org yang menceritakan percakapan org lain kpd org yg diceritakan mengenainya." ---Imam al-Ghazali

"Mengutip suatu perkataan dgn tujuan utk mengadu domba antara seseorang dgn si pembicara." --- Al-Baghawi Rahimahullah

"Dan janganlah kamu ikuti stp orang yg byk bersumpah lg hina yg banyak mencela, yg kian ke mari menghambur fitnah." (Al-Qalam 10-11)

"Tidak masuk syurga bagi al-Qattat (pengadu domba)" (Hadis riwayat Bukhari)








Sikap Terhadap Pelaku Namimah

Imam an-Nawawi berkata, "Dan stp org yg disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: "Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu," maka hendaklah dia melakukan 6 perkara berikut:


  1. Tidak membenarkan perkataanya.
  2. Mencegah perbuatan tersebut,menasihati dan mencela perbuatannya.
  3. Membencinya kerana ALLAH, kerana ia adalah org yg dibenci di sisi ALLAH. Maka wajib membenci org yg dibenci ALLAH
  4. Tidak bersangka buruk kpd saudaranya yg diceritakan oleh pelaku namimah.
  5. Tidak mencari-cari aib saudaranya disebabkan namimah yg didengarinya.
  6. Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah tersebut.

P/S: Jgn cepat melatah. Selidiklah terlebih dahulu dan jgn menghukum seseorg yg tidak bersalah..Sama2lah kita muhasabah diri. Wallahua'lam.