CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 30, 2009

Budak Kelate...



Assalamualaikum...

Ana mewakili JPP KMKN 08/09 ingin membuat pengumuman...(ehem2 =P)
Pengumuman kepada bekas pelajar2 Kelantan KMKN 08/09 anda semua dijemput untuk menyertai reunion batch.

Tarikh: 1 Disember 2009.
Tempat: Medan Selera,KBMALL
Pukul:12 tengah hari


Sesiapa yang terbaca entri ana ini,diminta untuk sampaikan kepada sahabat2 yang lain...

P/S: Sama2lah kita mengukuhkan ukhuwah yang telah terjalin...=)

Thursday, November 26, 2009

SIFAT MARAH..



Assalamualaikum...

Hari ni kita cakap sal sifat marah lak...(^.^)

SIFAT MARAH MEMANG ADA DALAM HATI DAN JIWA INDIVIDU...

Sifat marah boleh merosakkan dan mengakibatkan kemusnahan hidup jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran yang tenang. Sungguhpun begitu, sifat marah ini boleh dikawal. Namun ia bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana hendak mengatasinya.

Cara-cara Mengubati Perasaan Marah

  • Sentiasa ingat kepada ALLAH dan ingatlah bahawa marah itu merupakan sifat buruk yang tidak disenangi oleh orang lain.
  • Ambil wudhuk dan cuba bertenang.
  • Ingat kembali perlakuan buruk kita apabila marah dan bandingkan dengan rupa orang yang sabar dan bersopan.
  • Fikir semula mengapa kita harus marah. Nilai semua punca yang menyebabkan kita marah, sama ada wajar atau sebaliknya.
  • Sentiasa ingat bahawa permusuhan, keganasan, perpisahan dan penceraian boleh berlaku disebabkan oleh perasaan marah.


Cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang marah

  • Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
  • Tidak menyambuk dan merendah-rendahkan percakapannya.

Sebaliknya cuba jadi pendengar yang paling setia.

  • Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan sendiri, sebaik-baiknya kita saja yang minta maaf daripadanya.
  • Bertanya beberapa soalan bagi membantu dia menyelesaikan masalah.
  • Terima kemarahannya itu dengan tenang.


Orang kata cakap senang kan?? Tapi cuba kita buat.Yakin boleh!

Renung2kan dan selamat beramal….=)




Wednesday, November 25, 2009

TIKA ITU...




Dada langit luas terbentang

Pepohon melambai gemalai

Dek hembusan lembut sang bayu itu


Ku tatap syahdu semua ini

Lukisan alam ciptaan Ilahi

Kekalkah ku bermusim di sini?

Tidak sama sekali


Tugas dipikul bukan kepalang

Bagai memikul bukit nan tinggi

Menongkah hebat arus duniawi

Menegakkan kalimah suci

Umpama Salahuddin Al-Ayubi

Tatkala menentang musuh


Aku khalifah

Mudah disebut sukar dimiliki

Kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini

Dengan keikhlasan hakiki

Demi mu Tuhan

Ya Aziz…


Ya Allah,kuatkanlah aku! Ya Allah,tetapkanlah hatiku pada agamamu! Amiin...


Tuesday, November 24, 2009

Jenis-jenis Peguam



Salam alaik...

Sje nk bg maklumat ttg pelajar undang-undang dan juga dunia kepeguaman.
Sebai-baik shj seorg pelajar undang-undang lulus dgn Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana fakulti undang-undang yg diiktiraf, sbg graduan undang-undang, dia kini boleh memilih beberapa peluang kerjaya.
Biasanya, peluang yg jelas bg graduan undang2 ialah:

1.peguam bela @ peguam cara
2.majistret
3.penasihat undang-undang
4.peguam syarie (dengan mengambil kertas khas ataupun berdasarkan pengkhususan semasa di universiti)

Walau bagaimanapun, sbg graduan undang2 bkn smestinya akn mnjd mna2 seperti 1-4 di atas. Menjadi graduan dalam apa-apa bidang sekalipun,ia adalah sbg 1 loncatan semata2. Yg penting kita kne kreatif dlm memilih kerjaya.
Bercakap tentang peguam,ramai yg ingin tahu lebih lanjut tntg perbezaan jwtn peguam itu sndiri spt peguam bela, peguam cara, ataupun peguam syarie.

Sekiranya graduan td memilih utk mnjd seorg peguam, dia hndaklah mncari satu firma guaman. Di dlm firma tersebut, dia hndaklah mngenal pasti sama ada peguam yg memiliki ataupun brtugas di firma tersebut telah mnjd peguam dlm tempoh 7 thn berturut2.Hny peguam senior itu yg boleh menerima graduan td sbg peguam terlatih. Peguam yg mempunyai tempoh amalan kurang drpd 7 thn tdk boleh menerima mana2 peguam pelatih ataupun chambering student.

Utk mndapat kelayakan sbg peguam yg bertauliah, peguam pelatih akan mndapatkan tnjuk ajar drpd peguam senior td slma 9 bln. Sebaik2 shj dia tamat tempoh tersebut, satu majlis khas akan diadakan di Mahkamah Tinggi dan pada ketika itu peguam pelatih td akan diisytiharkan oleh hakim sbg seorg peguam bela @ peguam cara.
Mulai drpd tempoh tersebut,dia sudah boleh digelar peguam bertauliah. (Ohh,agak2 memritkan gak nmpaknya…huhuhuhu (*-*)

Di Malaysia,seorg peguam yg bertauliah scra automatic akn diberikan status peguam bela @ peguam cara. Secara kasar, peguam bela ialah peguam yg hadir ke mahkamah & menjalankan perbicaraan kes di mahkamah. Sementara peguam cara ialah peguam yg menguruskan surat2 cara, perjanjian srta urusan jual beli tanah, penyewaan ataupun apa2 urusan yg tdk melibatkan peguam itu ke mahkamah.

Mana2 graduan undang2 yg tdk mengikuti program latihan slama 9 bln di firma guaman,tdk layak bergelar peguam.
Sbg cth, jika graduan tersebut brminat utk menjadi majistret @ hakim,dia boleh terus memohon jawatan trsebut tnpa melalui proses chambering td. Begitu juga dgn jwtn penasihat undg2 syarikat.
Peguam syarie pula ialah peguam yg khusus menguruskan kes2 di mahkamah syariah shj. Hny peguam yg beragama Islam shj layak utk mnjd peguam syarie. Peguam syarie perlu mengkhusus dlm bidang guaman syarie smsa di universiti ataupun graduan undang2 biasa yg mngambil diploma guaman syarie slps tamat pengajian.

Apabila mnjd peguam bela @ peguam cara, peguam itu boleh shj hadir di mana2 mahkamah di Semenanjung ataupun mahkamah di Sabah & Sarawak. Ttapi seorg peguam syarie di Kuala Lumpur misalnya, tdk boleh hadir bertugas di mahkamah-mahkamah negeri lain, melainkan beliau mndapat tauliah drpd negeri yg berkenaan.
Hal ini disebabkan tauliah peguam syarie dikeluarkan oleh stp negeri. Ertinya,jika peguam syarie tersebut ingin menjalankan amalannya dlm stp negeri di Malaysia,beliau hendaklah memiliki 14 jenis tauliah peguam syarie. Itulah keunikan sbg peguam syarie.

“Nilai ilmu yg paling rendah ialah yg terhenti pada lidah sahaja, dan yg paling tinggi pula ialah yg zahir pada anggota dan amalan.” (Saidina Ali)


Monday, November 23, 2009

PUAS HATI,XPUAS HATI???




Assalamualaikum…

Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi bernafas di bumi ALLAH ini,diberi nikmat IMAN dan ISLAM,diberi kekuatan untuk terus melangkah dan melangkah.
Alhamdulillah, sepanjang hari ni cuaca elok je.Nk kata panas xpanas,nk kata hujan xhujan.Sedang2 je. Kesempatan bagi ana untuk keluar mencari barang2 penting.
Da most important things,TICKET!! Alhamdulillah,dapat..lagi best dapat tarikh yang kita nk then tmpt duduk yang kita nk.Maklum jela,xdpt tiket ni merana.Dahla xde orang nk p hantar..(Udah2,xyah bt cte sedih)hu4

Perjalanan: KOTA BHARU - …………
Trip ID: SKMK ***
Naik: TERMINAL KOTA BHARU
Masa Naik: 12/12/09
Business-Seat 2C

Biasala sorg2 kena cari single seat. Senang nk duduk. Xdela nk sakit hati ngn sape2 kn? =p Nk mengigil ketakutan pn xyah...heheheh Orang lain still kat umah,kita dh jalan..hu2 Kne bertolak awal sbb mlm 2,ana de program. Talk Dr. Maza tentang aqidah umat ISLAM.

Lepas 1 perkara. Nk cari buku lak. Ya Allah,punyela susah nk cari bku2 LAW. 1st,abah ckp kita try cari kat PSI. Dlm hati ni dah was2 dah,de ke bku ni kt cni? Ade kot,ari 2 pnh nmpk.(ayt sedapkan hati) Naik2 je atas,abah tny pekerja kt situ,dik bku2 tntg AKTA kt ne?? Kt rak ni jela pakcik. Ana tgk je rak 2.Agak menyedihkan ble 1 bku akta pn xde kt situ. Ana ajak abah cari tmpat lain.

Kami masuk kt SMO. Bku akta byk tp bkn yang dikendaki. Trun bwah nk cari DICTIONARY FOR LAW.. Xde gak,ade 1 je..2 pn berhabuk. Mse 2 rse cm nk *explode* je…Sabar wahai hati,ni baru 2 kedai….nnt try cari kt tmpat lain. Disebabkan kesuntukan masa,kami pulang tgn kosong.. huk4 (T_T)

Undang-undang Kontrak – En. Wan Emril Nizam Wan Embong.
En. Wan jgn risau,bku 2 saya akan cari smpai jmpe sblm saya masuk klas encik. Saya akan usaha cari. Usaha tangga kejayaang! (opps,de sspe terasa?? Xterniat nk memerli dirimu.. =p)

Moral of da story: Hindarkan dari perasaan ragu2 or was2....
Teruskan berusaha! =)

Sunday, November 22, 2009

ZULHIJJAH..



Assalamualaikum…

Sedar xsedar dah masuk bulan Zulhijjah kan?? Bulan terakhir dalam bulan Islam. Astaghfirullah hal azim..ana terlalai dalam putaran waktu. Kadang-kadang kita bukan xsedar cuma xambil kisah sangat (bak kata budak2 sekarang xamek pot). Harap ana belum terlambat untuk sesi perkongsian dengan semua. Kalau terlambat,maafkan ana. Semoga maklumat ni akan bermanfaat untuk kehidupan kita pada masa akan datang.

Sahabat Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bercerita tentang sejumlah peristiwa yang terjadi pada bulan Zulhijjah. Antara lain:

ALLAH mengampuni kesalahan Nabi Adam a.s pada tanggal 1 Zulhijjah. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari itu, ia akan diampuni dosanya.


Pada tanggal 2 Zulhijjah, ALLAH mengabulkan doa Nabi Yunus a.s dan mengeluarkan baginda dari perut ikan Nun. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, seakan-akan ia melakukan amal ibadat selama setahun tanpa dicampuri maksiat sedikit pun.


Pada 3 Zulhijjah, ALLAH mengabulkan doa Nabi Zakaria a.s. Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, doanya akan mustajab.


Tanggal 4 Zulhijjah adalah hari Nabi Isa a.s. dilahirkan. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, ALLAH akan menghilangkan kesusahan dan kefakirannya. Di kampung akhirat kelak dia akan dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh dan mulia.


5 Zulhijjah, Nabi Musa a.s dilahirkan ke dunia. Maka sesiapa yang berpuasa pada tanggal 5 Zulhijjah,dia akan dibersihkan dari kemunafikan dan dijauhkan dari seksa kubur.


Manakala 7 Zulhijjah pula pintu neraka Jahannam akan dikunci dan dibuka semula pada 10 Zulhijjah. Maka sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah akan menutup 30 pintu kesulitan dan membukan 30 pintu kemudahan baginya.


8 Zulhijjah dinamakan sebagai Hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini,dia akan mendapat pahala yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

ALLAH menurunkan penutup keseluruhan Al-Quran pada 9 Zulhijjah: “Pada hari ini telah KU sempurnakan agamaKU kepadamu, telah KUcukupkan nikmatKU kepadamu dan telah KU redai agama Islam menjadi agamamu! (Surah Al-Maidah:3)
Saat itu dinamakan Hari Arafah. Maka sesipa yang berpuasa pada hari itu,dia akan diampuni dosanya setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang.

Pada 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha. Maka sesiapa yang mendekatkan diri kepada ALLAH dengan cara bekorban, ALLAH akan mengampuni dosanya dan dosa para keluarganya apabila pertama kali darah korban menitis ke bumi.

Dan sesipa yang besedekah pada hari tersebut dengan memberikan makanan atau pemberian yang lain kepada orang mukmin, maka ALLAH akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan selamat dan timbangan amal baiknya akan melebihi beratnya gunung Uhud.


Apa yang kita tau nk raya je kan?? Benda2 ni semua kadangkala kita dah tau pun, tp mcm ana ckp tdla malas nk amek pot.
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM….(adalah peringatan utk diri sendiri)


Mulai sekarang marilah sama2 kita dekatkan diri kepadaNYA.Semoga kita semua akan memperoleh syafaat di akhirat kelak.

~Semalam adalah sejarah yang tidak dapat dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita.~ =)

Wallahu ‘alam…


KEMATIAN BUKAN PENYELESAIAN



Assalamualaikum..


Ni adalah sedikit ringkasan daripada pembacaan ana…

Jadi,sama2la kita renungkan...


Kesulitan hidup harus dihadapi dan kematian bukanlah penyelesaian kepada segala-galanya.Kehidupan menjadi tujuan,bukan kematian.Kematian adalah akhir kehidupan duniawi.Masa kehidupan di dunia yang menentukan hasil kehidupan kita di akhirat.Manusia diangkat sebagai khalifah oleh Allah di alam ini adalah untuk bekerja dan berusaha di dalamnya.
Seluruh makhluk baik di langit mahupun di bumi,akan mengalami kematian hanya sekali sahaja.

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 68:
Maksudnya:Dan tiupkanlah sangkakala, maka matilah siapa yang ada di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian, ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka mereka akan berdiri menunggu (keputusan amalan masing-masing).



Untuk mencegah manusia berputus asa dan agar ia tetap bahagia dalam keadaan apa sekali pun, Rasulullah SAW bersabda : “Siapa pun di antara kalian tidak boleh meminta kematian atas kesulitan yang menimpanya,dan hendaklah ia mengucapkan;
“Ya Allah,hidupkanlah aku selama kehidupan ini lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku.”



Meminta mati dilarang bukanlah kerana pertimbangan akan apa yang bakal ditemui sesudah itu semata-mata.Di samping itu juga,sesungguhnya mengharapkan panjang umur didorong kerana boleh jadi hal itu membuat seseorang berkesempatan mendapat petunjuk dan bimbingan.


Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian meminta kematian,kerana sesungguhnya apa yang bakal ditemui amat menakutkan, dan sesungguhnya merupakan kebahagiaan kalau hamba berumur panjang hingga Allah menganugerahinya taubat.”


Sahl bin Abdillah at-Tustari berpendapat bahawa tidak ada yang mengharapkan kematian kecuali salah satu dari tiga jenis orang;
1.Orang yang tidak tahu perkara setelah mati
2.Orang yang melarikan diri dari takdir Allah
3.Orang yang merindukan pertemuan dengan Allah

Akan tetapi,kecintaan hamba untuk bertemu tuhannya harus diwujudkan dengan ketaatan kepadaNya.Salah satu ketaatan yang paling utama adalah beramal di ala mini sesuai dengan tuntutanNya.


Diriwayatkan dari Ubadah bin ash-Shamit dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa mencintai pertemuan dengan Allah,Allah akan mencintai pertemuan dengannya. Demikian pula,barangsiapa membenci pertemuan dengan Allah,Allah akan membenci pertemuan dengannya.”


At-Tirmizi juga meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW: “Orang yang bijak adalah orang yang merendahkan nafsunya, beramal untuk kehidupan setelah mati, tidak menurut hawa nafsunya dan sentiasa berharap kepada Allah”


Sahabat sekalian,kita orang yang bijak kan???? Sama2lah kita beramal untuk akhirat..Ayuh!! Lakukan zikrullah dalam setiap kesempatan,agar getaran jiwa tidak tertutup lagi..


“Maha suci Allah Yang di tanganNya segala kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu,yang menjadikan hidup dan mati,supaya DIA menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk ayat 1-2)


P/s:Utk sahabat ana (anda tahu siapa anda)…Berjuanglah!!!


Hidup penuh masalah.Indahnya hidup adalah bagaimana cara kita menghadapi dan mengatasi masalah tersebut. Ana sayang kalian…




Abah...abah..

Salam alaik....

Sekadar penceritaan...(hehehhe)
Semalam kami 1 famili keluar mkn kat Restoran Kahfi..
Ceritanya bermula mcm ni...

Tgh godek2 cik lappy ni,ttbe adik masuk...Along cepatla abah
nk g Kaffee ni...(sebenarnya Kahfi,besela bdk2)
Dlm hati mse 2 kafe mne pulok abah ni??
Td kate nk mkn roti canai...
Along cepatla!!!(laungan 2 menyedarkan daku,serius rupenye nk keluar)hehehe
Biasela..bkn style famili kami keluar mkn,paling tdk tapau
mkn kt umah..lg gempak..(adegan berebut2 xde org nmpk) =)
Sarung jubah,tudung...dah ciap...(wink3)

Adik--kite nk g mkn Kafee ni...sedap Long,org dh pegi ari 2..
Daku--(dalam ati) eh2,bdk ni mentang2 Along xde,mkn kt luar..pe ingat along jeles??
adik Kafee mne??
Adik--adola..c2 tu..
Daku--wei kt ne???
Abg--tgkla nnt..kalo tau sure rse cm nk sekeh je pale dak kecek ni..

Ingtkan jauh sgt.....huhuhu
Dekat klinik ni je...kalo cmni mkn kt umah lg best...(ceewaah,bajet2)


*sekadar gambar hiasan*

Menu: Siakap kukus
Daging masak merah
Tomyam
Telur dadar
Harga??? Tanya tokei...hahahha

Tengah tnggu order...duduk kt meja pnjang,8 kerusi...
Fuyoo,cukup2.. Ttbe ternampak sorg akak 2 pegang baby...
Famili ni pantang nmpk baby..sume nk pegang..
Abah p amek n dukung...
Kitorg kt meja dh bsik2...ummi,abah 2..anak dah penuh kerusi
nk lg amek anak org...terkekek2 ummi gelak..

Akak 2 ckp,anak die 2 teringat kat tok ayah die kot...
Kitorg gelak...
Daku pe lg...--ummi,mehla balik...hensem2 abah die panggil tok ayah
Gelak lagi... orang2 kt meja sebelah usha je...xpuas ati kot =p

-adegan makan2-
abah--ni hadiah utk achik ni dpt 5A
daku--(dlm ati) time ktorg dpt result dlu xde pon...huk8 (riak2 jeles sudah muncul...)
ayt husnu dzhan lak..padahal abah tnngu ktorg balik...=)
ummi--ni belum lg utk 14A..
(sambil menjeling ke arah bdk lelaki itu)-ayat cabaran seyh..
abg--org xmainla mkn2 ni..laptop sebutir..
angah--selok!


-lpas byar..-
abah--aii,kte mkn xbyk kn td??
cmne hrga...emmm....
along cpat kira...
Daku--dah lme tnggal math bah,ummila kiro...
Ummi--otak ummi xdok ni..(calculator)
Abg--angah cpatla kira..
Angah--otak ak gak lambatla nk congok2 ni...along2..
Daku--Aik,alih2 org gak kne???


Last2,ummi yg kire...
Abah mule tertnya2...cmnela org yg selalu mkn kt luar eh??
Daku--tula..org nk mkn roti canai,xnk..nk sgt g Kaffee(amek slang adik pnye)hik3


Moral of da story: Rajin2la memasak..=)





Saturday, November 21, 2009

Antara sifat-sifat jiwa orang yang sombong…

Assalamualaikum…

Xtaula knpe hati ni teringin sgt nk post entri ni..

Nk melampiaskan ketidakpuasan hati??? Hu4

Nk menyedapkan hati??

Sje je…utk bacaan??

For sure sbg peringatan kpd diri sendiri dan juga kpd sahabat-sahabat sekalian….. =)


  1. Memandang rendah pada orang lain, terutama orang yang difikirkan kurang darinya.
  2. Menghina,memalukan,menengking,marah,mengamuk,berang,memaki-maki,mencerca,meninggi suara,masam muka terhadap orang yang dipandang rendah.
  3. Pendapat orang lain walau benar sekalipun tidak akan diterima.
  4. Kalau di dalam sesuatu majlis dia sahaja yang boleh ‘borong’(dia je bercakap),orang lain tidak boleh.
  5. Dia tidak suka menziarahi orang tetapi meminta orang menziarahi dia.
  6. Berjalannya dengan gaya angkuh dan bangga seperti yang diceritakan dalam al-quran. Bila tiba di hadapan orang,dia terus cekak pinggang dan pandangannya diseriuskan tanpa kasihan belas dan kasih sayang.
  7. Dia tidak duduk bersama dengan orang yang dipandang rendah.
  8. Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu hanya dari dia.
  9. Tolak ansur,timbang rasa, kerjasama,bantu-membantu dan hormat menghormati tidak ada padanya.



#Nauzubillah jika sifat ini ada dalam diri kita.

Ayat 18 Surah Luqman: Dan janganlah kamu memalingkan pipi kepada manusia dan janganlah kamu condongkan wajah dalam keadaan takbur dan bermegah-megah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai semua perkara yang sombong.

Ayat 19 Surah Luqman: Bersederhanalah dalam langkahmu yakni berjalan, jangan terlalul embab dan tidak pula terlalu laju. Berjalanlah dalam keadaan tenang dan merendah diri.



Friday, November 20, 2009

Jenis-jenis orang kat muka bumi ni....

Assalamualaikum...


Hari ni,kita sentuh tentang senarai2 manusia kat muka bumi ni...
Macam2 ada... =)

Orang yang beriman
Orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar datangnya daripada Allah SWT. Segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada dalam kalbunya. Orang lelaki yang beriman disebut dengan mukmin manakala orang perempuan yang beriman di sebut dengan mukminah.

Orang Islam
Orang Islam adalah orang yang tunduk dan patuh pada segala sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Islam. Orang lelaki Islam dipanggil muslimin manakala orang perempuan pila dipanggil muslimah. Antara iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana keduanya mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Orang Kafir
Orang kafir iaitu orang yang mengingkari kebenaran agama Islam, tidak mengakui keEsaan Allah SWT dan tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Orang kafir ini boleh memeluk Islam jika ia yakin dengan keEsaan Allah dan kebenaran Rasulullah SAW dibuktikan dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Orang Murtad
Orang murtad iaitu orang yang telah keluar daripada agama Islam baik secara langsung ataupun tidak.
Sama ada ia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya setelah ia memeluk agama Islam, ataupun tidak menganut mana-mana agama. Orang yang murtad ini segala amalannya akan gugur dan akan dimasukkan ke dalam api neraka oleh Allah SWT.

Orang Munafik
Orang munafik iaitu orang yang zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatan munafik iaitu orang yang berpura-pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkannya.


Orang Syirik
Orang syirik ialah orang yang menyekutukan Allah atau menganggap sesuatu itu sama dengan Allah. Mereka mempercayai selain daripada Allah, seperti menyembah berhala,pohon-pohon besar, bahkan menyembah nenek moyang mereka. Orang-orang yang syirik ini juga disebut dengan musyrik.

Orang Fasiq
Orang yang fasiq adalah orang yang keluar daripada jalan kebenaran dan tidak mempedulikan segala perintah Allah SWT. Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas-lunas Islam tetapi hanya mengikut hawa nafsu.

Orang Zalim
Orang yang zalim itu ialah orang yang berhati kejam. Dalam hati mereka tidak memiliki rasa takut kepada Allah dan mereka tidak beriman serta tergolong dalam golangan orang-orang kafir. Allah SWT sangat benci terhadap orang-orang yang zalim.

Wallahua’lam…

Semoga kita tergolong bersama orang-orang yang benar..







Najah dik..




Assalamualaikum...

Semalam 19/11/2009..
Adik2 kita dapat result UPSR..
Xketinggalan gak adikku,ACHIK..

*Nur Atikah Syahirah Zakaria

Tahniah atas kejayaanmu...Semoga terus berjaya dunia akhirat..


Thursday, November 19, 2009

APAKAH YANG MEMATANGKAN KITA?


Hidup kita akan didatangi dengan seribu satu perkara..
Ada yang menyeronokkan dan ada yang bakal mengguris jiwa..
Ada yang terasa enak dan ada yang menyakitkan..
Kita sendiri tidak pasti dengan masa depan..
Kita melalui satu jalan kehidupan yang tidak ada ruang untuk berpatah balik..
Dalam perjalanan singkat inilah kita belajar tentang kehidupan..
Dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini, kita mendapat sesuatu yang baru.
Dan setiap hari kita menjadi lebih matang..
Jika kita terasa semakin matang dalam kehidupan,
apakah yang mematangkan kita?
Pernahkah kita merasakan bahawa setiap kali Allah memberikan ujian,
Dia ingin membuatkan kita semakin matang?
Atau kita sering terlupa akan liku-liku yang telah disusun oleh-Nya sepanjang kita hidup sehingga ke hari ini?
Mungkin telah banyak perkara yang kita lalui sepanjang hidup ini,
dan banyak lagi yang belum kita terokai..
Kita takkan matang tanpa ujian dan cabaran..
Kita takkan berkembang tanpa masalah dan persoalan..
Setiap liku yang kita lalui ada permata yang akan kita kutip
untuk digunapakai sepanjang perjalanan..
Setiap hati yang terguris akan mengenal erti penderitaan dan kesakitan..
Daripada situ akan terbinalah kekuatan.
Orang yang pernah merasa susah akan tahu menghargai kesenangan.
Kita seharusnya menerima segala yang terjadi dalam kehidupan sebagai pendidikan jiwa,
sebagai jalan tarbiyah Ilahi yang datang bersama kasih sayang untuk hamba-Nya.
Selagi kita tidak menyedari bahawa Dia sentiasa ada,
selagi itulah kita takkan pernah redha
dengan segala yang menimpa kita,
dan kita takkan pernah matang dengan apa yang kita lalui.
Dan selagi itulah segala ujian yang datang akan terasa perit yang teramat sangat.
Namun, jika kita mula tengadah dan sedar sebelum terhantuk,
kita
akan merasakan betapa Allah menyayangi kita tatkala kita berhadapan dengan ujian, dugaan dan keperitan.
Itulah yang disebut dan diulang dalam surah Al-Insyirah,


“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesusahan…Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan”
Di sebalik setiap kejadian ada hikmah-Nya, di sebalik setiap ujian ada nikmatnya,'
bagi orang yang ingin mengerti dan ingin berubah.
Marilah kita mula bertanya kepada diri sendiri,

APAKAH YANG MEMATANGKAN KITA?

SPM..

Assalamualaikum...
Hari ni hari bermakna dan penentuan untuk adik2 SPM..
Entri kali ni ditujukan khas untuk anda yang bergelar calon SPM..






Jangan jadikan kegagalan yang menimpa diri sebagai batu penghalang untuk lebih tergolong di kalangan mereka yang berjaya. Andai usaha yang hempas pulas dicanai dengan penuh tawakal seterusnya berdoa dan munajat yang tidak putus-putus kepadaNYA. Moga dengan kekhusyukan dan kesungguhan yang terbit tanpa mengabaikan aspek ketuhanan dan kemanusiaan, dengan izinNYA kejayaan menanti di hadapan..

kita harapan ummah! BITTAUFIQ buat semua!!! Untuk semua adik2 yang menduduki SPM tahun ni...Especially,adikku...


KEIMANAN ADALAH CAHAYA…

Assalamualaikum...


Maksudnya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Alah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit- sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikiannlah Allah menimpakan azab kepaa orang-orang yang tidak beriman.
( Al-An’am:125 )


Saudaraku sesama muslim...
Allah adalah yang Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib dan Maha Mampu lagi Maha Perkasa, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikendakiNya, dan sesiapa yang disesatkan Allah maka tiada seorang pun yang sanggup untuk mengubah dan memperbaikinya.

Apabila Allah berkehendak memberikan hidayah kepada seseorang, maka Allah akan melapangkan hatinya, memberikan keimanan dan menghiasi hatinya dengan ketakwaan dan keampunan, sehingga dengan keimanan seseorang tersebut ia berasa bahagia dan dengan ISLAM dia berjaya.

Namun apabila Allah berkehendak untuk menyesatkan seseorang dan tidak memberikan hidayah kepadanya, maka Allah akan menutup hatinya daripada cahaya keimanan, menutup telinganya daripada mendengar kebenaran dan menutup matanya sehingga dia tidak melihat sesiapa pun selain dirinya sendiri maka dunia ini akan terasa sempit baginya 'Seolah-olah dia tengah naik ke langit', atau seolah-olah dia susah bernafas kerana di atas tidak terdapat oksigen yang dapat menolonya untuk terus hidup, Allah juga menjadikan hati orang kafir berasa sempit dan berat, hal tersebut oleh kerana keimanan adalah cahaya dan kekafiran adalah kegelapan, dan orang yang kafir hidup dalam kegelapan sehingga kematian mengejutkannya dan tiada guna segala penyesalan.








Allah berfirman,
Maksudnya;
Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. KIta mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

Mereka itulah orang-orang yang dimateri hati dan penglihatan mereka dan Allah menjadikan dinding penghalang antara mereka dan kebenaran sehingga mereka terlena di dalam kehidupan dunia dan tidak ingat akan akhirat.




Permulaan..


Bismillah…

Assalamualaikum...




Kenapa tulis blog?

Allah memilih manusia menjadi khalifah bukan sia2..

Ada perkara yg perlu dilakukan.

Allah memberikan kamu lidah utk bersyarah menyampaikan Islam,

Jika kamu tidak mampu bersyarah,

Allah memberikan kamu tangan utk menulis,

Jika kamu tidak mampu menulis,

Allah memberikan kamu telinga untuk mendengar,

Jika kamu tidak mampu mendengar,

Pergilah kamu dari bumi Allah ini,

Carila bumi lain yg kamu boleh hidup sendirian,

Tidak terikat dgn sesiapa pun..




Tidak ditetapkan kekerapan blog ini di update,

Ada ketika ia akan muncul dgn posting baru,

Ada ketika ia seolah2 page loading error,

Tp apa yg penting,manfaat yg diperoleh darinya,

Moga berterusan..




Apa yg ada dalam blog ni?

Ada yg tulis blog citer pasal kehidupan harian,

Ada yg tulis blog citer pasal dakwah,

Ada yg tulis blog citer pasal gambar2, “photo blogging” katenye,

Ada yg tulis blog saje nak kaco org laen.




Aku?


Dulu aku suh teman2 tulis kat blog diorang koleksi kalimah2 ammi,

Tp xpandai katenye..

So,senang cite, aku pn nk jugak buat blog..




Pastu,Aku suka gak nak kongsi kat sini pasal pengalaman2 hidup.

Luahan2 hati yang xbrape nk difahami oleh masyarakat2 sekeliling...hu6

Dan xdilupakan,klu time aku insaf2, insyallah adela post2 yg mengajak kebaikan & meninggalkan kekejian (harapnye mende ni la yg paling bnyk dipost)..